Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tangkap 4 warga yang rancang sertai ISIS, bantu orang lain sertai kumpulan

Sep 29, 2016 | 12:37 PM



JAKARTA: Polis Indonesia menangkap tiga warga tempatan yang merancang pergi ke Timur Tengah untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan seorang lelaki yang membantu mereka membuat persiapan.



Jurucakap polis, Ketua Inspektor Boy Rafli Amar, berkata pada Rabu (28 Sep) malam bahawa semua empat orang itu mungkin telah memudahkan perjalanan "berpuluh-puluh orang lain" ke Syria untuk bekerjasama dengan ISIS sejak Oktober tahun lalu.



Tiga daripada suspek, yang termasuk seorang wanita, ditangkap dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 22 Sep, kata Ketua Inspektor Boy.



Seramai tujuh orang ditahan tetapi empat dibebaskan dan kini membantu dalam siasatan polis, katanya. Maklumat yang diberi oleh suspek itu membawa polis kepada orang keempat, yang dikenali sebagai Abu Fauzan.



Ketua Inspektor Boy berkata Abu Fauzan, yang ditahan Jumaat lalu dekat rumahnya di bandar wilayah Bekasi di Jawa Barat, disyaki memudahkan, menyelaras dan memberi khutbah sebelum berlepas bagi warga Indonesia yang merancang menyertai ISIS di Syria sekurang-kurangnya empat kali.



Polis hanya merujuk kepada tiga suspek lain dengan abjad 'A', 'ANF' dan 'W', yang dikatakan mengawal dana kumpulan itu.



"W seorang wanita dan kami sedang menyiasat apakah dia menggunakan dana peribadinya sendiri atau dana yang dikumpul daripada orang lain," kata Ketua Inspektor Boy.



Agensi penentangan pengganasan Indonesia, Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT), menganggarkan kira-kira 500 rakyat Indonesia telah pergi ke Timur Tengah untuk berjuang bersama kumpulan militan di sana.



Namun, ramai juga pulang ke Indonesia, sama ada kerana kecewa selepas diberi tugas-tugas kasar walaupun berada di medan perang atau diarahkan ISIS membawa perjuangan itu ke tanah air mereka.



Ketua BNPT, Jeneral Suhardi Alius, berkata minggu lepas pihaknya telah mengenal pasti 47 warga Indonesia yang pulang setakat ini dari Syria, dan Presiden Joko Widodo telah mengarahkan mereka diletak di bawah pengawasan.



Akhbar The Straits Times melaporkan ia diberitahu oleh sumber rahsia bahawa mengikut rekod rasmi, 30 daripada 47 orang itu menyertai ISIS, manakala baki 17 menyertai Jabhat al Nusra, sebuah kumpulan berkaitan Al-Qaeda dan berpangkalan di utara Syria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >