AMSTERDAM: Semua kenderaan yang membawa 40 keranda mangsa nahas Penerbangan Malaysia pesawat MH17 dilihat mulai meninggalkan kem tentera Hilversum mulai 8.45 malam waktu tempatan (2.45 pagi waktu Singapura).
Terdahulu, konvoi berkenaan tiba kira-kira 8 malam dari Lapangan Terbang Tentera Eindhoven selepas upacara menyambut ketibaan keranda mangsa nahas pesawat MH17 dari Kharkiv, Ukraine.