Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerebu jejas penerbangan dari Pekanbaru

Aug 29, 2016 | 02:45 PM



JAKARTA: Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II di Pekanbaru terganggu akibat jerebu daripada kebakaran hutan yang bermula di wilayah Riau seminggu lalu.



Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Indonesia (BMKG) berkata pada Ahad (28 Ogos) "asap hitam tebal" daripada kebakaran hutan dan belukar menyebabkan masalah penglihatan hujung minggu lalu.



"Awan tebal dan hitam mula menyelimuti Dumai dan Pekanbaru, membataskan penglihatan, terutamanya pada waktu pagi," kata Encik Slamet Riyadi, ketua jabatan data dan penerangan di pejabat BMK di Pekanbaru.



Beliau memberitahu berita Tempo jarak penglihatan terhad kepada satu kilometer di Dumai dan kira-kira dua kilometer di Pekanbaru, turun daripada jarak biasa lima kilometer di dua bandar di pulau Sumatera itu



Penerbangan dari Pekanbaru terganggu pada hujung minggu, tetapi tidak ada penangguhan besar.



BMKG mengesan 44 titik panas di Riau pada Ahad, lebih banyak daripada 30 pada Sabtu.



Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) di Pekanbaru memuncak ke paras tidak sihat 275 pada 7 pagi waktu tempatan pada Isnin (29 Ogos), tetapi ia jatuh kepada 20 menjelang 10 pagi.



Di Palembang, ibu kota Sumatera Selatan, paras PSI tiba-tiba memuncak kepada 200 pada pagi Isnin disebabkan perubahan arah angin. Ia jatuh ke 161 pada tengah hari.



Data satelit daripada Institut Aeronautik Nasional dan laman web Space menunjukkan terdapat 168 titik panas di Indonesia antara Ahad dan pagi Isnin.



Perkembangan terbaru datang selepas Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya Bakar berkata pada Ahad Indonesia "sedang memasuki musim kebakaran tanah dan hutan penting" dan pemerintah "tidak duduk diam diri dan sedang bekerja tanpa henti" untuk menangani kebakaran.



Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang yang lebih keras terhadap pelaku di balik kebakaran telah membuat bilangan kawasan panas di seluruh negara kekal rendah, daripada 8,247 antara Januari dan Ogos tahun lepas kepada 2,356 dalam tempoh sama tahun ini.



Kira-kira 30 syarikat perladangan dikenakan sekatan disebabkan kebakaran yang membawa kepada krisis jerebu rentas sempadan paling teruk pada 2015. Kementerian itu juga telah memulakan saman sivil terhadap 10 syarikat, semuanya sedang berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >