Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi: Lupakan sengketa pilihan raya dan bersatu hadapi masa depan

Apr 24, 2024 | 02:28 PM



JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo menyeru kepada rakyat Indonesia supaya melupakan sengketa mengenai keputusan pilihan raya umum 2024, dan bersatu menjelang permulaan jawatan presiden Prabowo Subianto akhir tahun ini.


Beliau membuat seruan itu selepas Mahkamah Perlembagaan memutuskan untuk menolak dakwaan adanya campur tangan pemerintah dan amalan nepotisme dalam pilihan raya umum 2024 pada Februari lalu dan mengesahkan kemenangan gandingan Encik Prabowo dengan calon naib presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka.

Pihak yang mendakwa – Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo – menuduh Presiden Jokowi menyalahgunakan sumber negara untuk menyokong kempen Encik Prabowo-Encik Gibran, yang merupakan anak sulung presiden.

Di luar lawatan kerja ke Sulawesi Barat pada 23 April, iaitu sehari selepas keputusan Mahkamah Perlembagaan itu diumumkan, Presiden Jokowi berkata pemerintah akan menghormati keputusan itu kerana ia adalah muktamad dan mengikat di sisi undang-undang.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan itu telah membersihkan pentadbirannya daripada tuduhan melakukan kesalahan pilihan raya.

“Mahkamah juga mengisytiharkan bahawa dakwaan penipuan (pilihan raya), campur tangan negara, mempolitikkan program bantuan sosial, mobilisasi jentera pemerintah dan ketua wilayah bersikap berat sebelah adalah palsu. Itu yang penting bagi pemerintah,” katanya dipetik The Jakarta Post.


Tambahnya, sudah tiba masanya negara bersatu menghadapi cabaran masa depan.

“Kini tiba masanya untuk bersatu dan membina negara. Pemerintah akan menyokong dan menyediakan proses peralihan daripada pentadbiran sekarang kepada pentadbiran seterusnya,” katanya.

Menjelang keputusan mahkamah itu, tinjauan pendapat Indikator Politik Indonesia mendapati bahawa taraf penerimaan terhadap Encik Jokowi telah mencecah paras tertinggi, iaitu 77.2 peratus.

Angka itu sejajar dengan tinjauan lain, oleh Lembaga Tinjauan Indonesia, yang mendapati minggu lalu bahawa penerimaan terhadap Presiden Jokowi telah meningkat kepada 76.2 peratus pada April – kenaikan daripada 75 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Beberapa pemimpin parti dan tokoh politik telah menyuarakan seruan Encik Jokowi untuk perpaduan nasional, dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Encik Prabowo, yang kini dijangka meningkatkan usahanya untuk membina gabungan pemerintahannya sebelum beliau mengangkat sumpah pada Oktober 2024.

Antaranya termasuk pengerusi Parti NasDem, Encik Surya Paloh, dan pimpinan pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU).

Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) yang mencalonkan Encik Ganjar menyatakan mereka menghormati keputusan mahkamah tetapi mengkritik badan kehakiman negara itu kerana membenarkan penyalahgunaan kuasa tanpa dihukum dalam pilihan raya umum lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >