Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Bersih Maria Chin dibebaskan polis

Nov 29, 2016 | 10:40 AM



PETALING JAYA: Polis Malaysia membebaskan ketua kumpulan Bersih, Cik Maria Chin Abdullah, pada Isnin (28 Nov), selepas menahan beliau 10 hari kerana menjadi penganjur utama bantahan jalanan terhadap kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Cik Chin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) yang kontroversi pada malam sebelum perhimpunan Bersih 5 kumpulan propembaharuan pilihan raya itu pada 19 Nov.



Perhimpunan itu menggesa Datuk Seri Najib meletak jawatan untuk bertanggungjawab bagi skandal kewangan besar melibatakan dana kerajaaan 1MDB.



Akta itu membolehkan polis menahan beliau selama 28 hari untuk disoal siasat.



Minggu lalu, peguam Cik Chin, 60 tahun, memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan pembebasan segera beliau.



Mahkamah menetapkan mendengar permohonan itu pada Selasa (29 Nov).



Cik Chin berkata beliau diberitahu oleh polis mereka akan berhenti menyiasat beliau di bawah Sosma, tetapi akan melakukannya bagi kesalahan lain, yang tidak dijelaskan, lapor laman web berita Malaysiakini.



Pengkritik kerajaan dan kumpulan hak asasi berkata Sosma digubal untuk membendung pengganasan, dan tidak boleh digunakan terhadap seseorang yang menganjurkan tunjuk perasaan jalanan secara aman.



Bersih 5 di Kuala Lumpur dihadiri oleh hanya lebih 15,000 orang, kata polis tetapi penganjurnya berkata jumlahnya lebih dua kali ganda daripada itu.



Pembebasan Cik Chin ditweet oleh seorang lagi pemimpin Bersih, Cik Ambiga Sreenevasan, yang antara lain menulis bahawa Cik Chin kini berada di rumah.



Beliau juga memuat naik gambar Cik Chin memeluk tiga anak lelaki beliau.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata Cik Chin dibebaskan pada kira-kira 4.45 petang. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >