Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki M'sia maut lepas diserang dek pertengkaran di Facebook

Aug 24, 2016 | 12:41 PM



GEORGE TOWN (Pulau Pinang): Satu sembang hangat di Facebook antara seorang pelajar dan beberapa rakannya membawa kepada insiden maut apabila salah seorang daripada mereka pergi mencarinya bersama ahli keluarganya.



Pergaduhan yang meletus membawa kepada kematian seorang lelaki di flat Jalan Kurau di Jelutong.



Encik Panjavarnam Perumal, 56 tahun, meninggal dunia selepas diserang kira-kira enam remaja perempuan berusia antara 15 dan 20 tahun dengan topi keledar, pada kira-kira 11 malam pada Isnin (22 Ogos).



Ibu pelajar berusia 15 tahun itu, Cik A. Rajeswari, 34 tahun, turut cedera dalam serangan tersebut.



Pekerja kilang itu berkata beliau menerima panggilan pada 10 malam ketika di tempat kerja daripada seorang gadis yang berkeras mahu berjumpa beliau.



"Saya beritahunya saya berada di tempat kerja dan akan pulang hanya pada 11 malam. Apabila saya tiba di rumah, saya lihat sekumpulan remaja perempuan di tingkat bawah.



"Saya kemudian pulang ke flat saya di tingkat satu dan anak perempuan saya berkata gadis-gadis memaki hamunnya dan dia amat takut," kata Cik Rajeswari pada Selasa (23 Ogos).



Beliau kemudian menyuruh Encik Panjavarnam, bapa saudaranya yang tinggal bersamanya, bercakap dengan gadis-gadis itu dan melihat apa yang berlaku.



"Mereka beritahu saya anak perempuan saya menulis kenyataan mengenai mereka di Facebook dan dia mesti minta maaf.



"Dua lelaki juga datang mengancam kami tetapi mereka tidak terlibat dalam serangan itu.



"Kami kemudian beredar dan mereka mula memukul kami dengan topi keledar. Saya tidak sedarkan diri dan bangun dalam ambulans," katanya.



Beliau telah dibenarkan keluar Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan bagi lebam di kepala dan badan.



Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Mior Faridalathrash Wahid, berkata Encik Panjavarnam meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Bedah siasat menunjukkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.



"Kami menangkap tiga remaja perempuan dan seorang lelaki berusia antara 15 dan 23 tahun di tempat kejadian dan mereka kini ditahan reman enam hari sementara menunggu siasatan.



"Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Beliau mengesahkan pos Facebook yang menghina itu membawa kepada kejadian tersebut.



Encik Panjavarnam, seorang tukang cuci, cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi dipukul, ditendang dan dipijak, katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >