Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir sertai himpunan DAP, berkata beliau silap tentang parti itu

Dec 06, 2016 | 11:06 AM



SHAH ALAM: Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad, seorang pengkritik kuat Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada masa lalu, telah mengubah pendiriannya dan berkata beliau silap mengenai parti itu, selepas menghadiri perhimpunan kebangsaannya buat kali pertama pada Ahad (4 Dis).



"Ia adalah satu pengalaman bagi saya," kata Tun Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Pusat Konvensyen Ideal di sini.



"Lagu parti DAP dalam bahasa kebangsaan dan perhimpunan itu juga dijalankan dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya.



"Saya melihat ahli daripada pelbagai latarbelakang kaum berbeza menghadiri perhimpunan itu di sini hari ini. DAP bukan parti bagi orang Cina sahaja tetapi parti berbilang kaum. Mereka ada ahli bukan Cina memegang jawatan tertinggi dalam parti," katanya.



Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perjuangan politik di Malaysia hanya antara Umno dan DAP.



"Umno dalam Barisan Nasional dan DAP bersama Pakatan Harapan, dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyertai mereka tidak lama lagi. Saya bingung dengan apa yang dia katakan," katanya.



"DAP tidak mempunyai cara untuk melakukannya sendirian dalam membentuk kerajaan, ia perlu Pakatan dan itulah sebabnya kita mempunyai pakatan pembangkang," ujarnya.



Tun Dr Mahathir juga berkata mereka sedang menerima individu dan kumpulan lain yang berfikiran sama untuk bersatu.



Apabila ditanya bila parti barunya, Pribumi, akan membuat keputusan muktamad mengenai menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan, itu, beliau menjawab: "Saya perlu berunding dengan rakan-rakan saya. Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Bersabarlah."



Di perhimpunan DAP itu, Tun Dr Mahathir malah naik ke pentas bersama para pemimpin DAP dan pembangkang lain, lapor media.



Beliau diapit oleh bekas musuh politiknya, pemimpin veteran DAP, Encik Lim Kit Siang, dan Encik Chen Man Hin.



Kemunculannya pada perhimpunan tahunan ke-50 DAP itu di luar jangkaan kerana DAP sebelum ini mengumumkan parti baru Dr Mahathir tidak dijemput kerana ia tidak menyertai Harapan.



Ketua dua lagi parti anggota Harapan, Dr Wan Azizah Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Encik Mohamed Sabu daripada Parti Amanah Negara, turut hadir. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >