Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia kian dikenali dunia kerana politik stabil: Anwar

Aug 01, 2023 | 04:02 PM



KUALA PILAH: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata nama Malaysia semakin baik serta dikenali di pentas dunia, berikutan tatakelola dan dasar serta kestabilan politik yang kukuh, sekali gus menarik pelaburan luar.


Beliau berkata perkara itu terbukti, antara lain, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Encik Elon Musk, mahu berbincang dengan beliau sendiri bagi menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat tersebut di Cyberjaya pada 2023.

Datuk Anwar berkata ini satu penghormatan amat besar kepada Malaysia, menyusuli dasar ekonomi, termasuk Ekonomi MADANI, yang diamalkan oleh negara itu, selain kepimpinan telus Kerajaan Perpaduan.

“Politik stabil, untuk apa, saya tegaskan untuk bangunkan ekonomi dan tarik pelabur, dulu pelabur tak datang, kita tengok pembesar luar negara jarang datang ke Malaysia, sekarang minggu lalu sahaja Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, (yang) dah 49 tahun beliau tak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan pada Isnin.

Datuk Anwar berkata Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, yang dijadual mengadakan lawatan negara pada Khamis bagi membincangkan peluang pelaburan, turut melahirkan azam meningkatkan hubungan Brunei dan Malaysia ke tahap paling baik dalam sejarah.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, turut berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan gaji dan pencen penjawat awam minggu depan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Tetapi menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, ia akan ambil masa mungkin enam bulan paling minimum, lambat sikit jadi, sementara itu bagilah (sedikit imbuhan) kepada mereka, sebab itu saya luluskan sementara RM300 ($88.50) untuk penjawat awam yang gaji kurang RM100,000 setahun, campur RM100 pemberian e-dompet, jadi RM400.

“Yang pencen dapat RM200 campur RM100, jadi RM300, termasuk veteran tentera yang tidak berpencen pun kita bagi RM200... tetapi ini hanyalah langkah sementara, kita buat dalam keadaan kekangan wang yang ada,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >