Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MYAirline digantung lesen, jamin bertanggungjawab hak pekerja, pelanggan

Oct 17, 2023 | 02:51 PM



KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yakin kemelut yang sedang melanda syarikat penerbangan tambang murah itu akan dapat diselesaikan pada 2023 selepas syarikat penerbangan itu mendapat pelabur baru.


Syarikat berkenaan memberi jaminan akan terus menjaga kebajikan pekerja dan melunaskan bayaran berkanun serta gaji September sebaik permodalan diperoleh.

Eksekutif Bertanggungjawab Sementara MYAirline, Datuk Seri Azharuddin A Rahman, berkata ketika ini tiada langkah pemberhentian kerja atau cuti tanpa gaji dilaksanakan, sebaliknya semua pekerja bekerja dari rumah atau dari ibu pejabat MYAirline.

“Kami juga berjumpa Kementerian Sumber Manusia untuk mengemas kini mengenai perkara ini. Malah, MYAirline turut mengadakan tabung bantuan dalam kalangan kami untuk membantu pekerja yang memerlukan bantuan (kewangan),” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menggantung Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan MYAirline selama 90 hari berkuat kuasa Isnin untuk siasatan, di bawah Peraturan 193(3), Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata sebagai badan kawal selia teknikal bagi industri penerbangan di Malaysia, CAAM bertanggungjawab mengawasi segala aspek teknikal pengoperasian udara bagi memastikan semua piawaian keselamatan dan sekuriti dipatuhi.

Datuk Azharuddin yang diberi tanggungjawab memulihkan situasi semasa syarikat penerbangan itu berkata ketika ini adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan Pelan Pemulihan Perkhidmatan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan terlaksana.

Menurut beliau ketika ini pihakya sudah mendapat beberapa cadangan tunjuk minat daripada pelabur berpotensi.

Beliau berkata langkah mendapatkan pelaburan baru adalah penting bagi memastikan operasi MYAirline dapat diteruskan, selain membolehkan pihaknya membuat bayaran balik kepada 125,000 pelanggan yang terjejas serta lebih 900 pekerja.

“Keutamaan ketika ini adalah mendapatkan pelaburan baharu bagi membolehkan operasi MYAirline diteruskan melalui Pelan Pemulihan Perkhidmatan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan.

“Setelah itu barulah MYAirline dapat membayar semula tiket yang sudah dibeli oleh pelanggan dan membayar gaji kepada kakitangan.

“Pengutamaan semula objektif kumpulan akan dilakukan dan diumumkan setelah permodalan semula selesai,” katanya dalam sidang media pada Isnin petang.

Datuk Azharuddin berkata beliau mengakui dan memahami kekecewaan yang dialami oleh penumpang syarikat penerbangan itu dan ketika ini seramai 18,000 pelanggan terjejas sudah menghubungi MYAirline untuk urusan bayaran balik.

“Jumlah bayaran balik yang perlu dibayar semula oleh MYAirline kepada pelanggan adalah sebanyak RM22 juta ($6.37 juta),” katanya.

Beliau berkata nilai pelaburan yang diperlukan MYAirline ketika ini membabitkan jutaan ringgit dan pihaknya sedang dalam proses rundingan jualan serta terbuka untuk pemilikan 100 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan tambang rendah itu.

“Siapa pelabur berpotensi tidak boleh didedahkan lagi. Namun ketika ini, Datuk Goh Hwan Hua atau Allan Goh masih pemegang saham utama.

“Selain itu kami juga sedang aktif melaksanakan perbincangan dengan pemajak pesawat untuk mengekalkan pesawat MYAirline. Kami ingin mengekalkan sembilan pesawat sedia ada,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >