Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS perlu tokoh lebih hebat daripada Dr Mahathir

Kededua pihak dilihat lupakan permusuhan. Jika PAS berhasrat manfaatkan modal politik Dr Mahathir, ia akan dapati bahawa akan ada peningkatan yang terhad.
Sep 26, 2023 | 05:30 AM



Empat menteri besar daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) bertemu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Mereka diiringi oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah mengesahkan bahawa Dr Mahathir kini adalah “penasihat tidak rasmi” kepada empat negeri yang didominasi Melayu/Islam iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Jika ini adalah semacam perdamaian politik, perkara-perkara ini memang telah kembali ke pangkal jalan. Hubungan antara Dr Mahathir dan musuh lamanya ini sentiasa keruh sejak beliau menjadi perdana menteri Malaysia, antara 1981 dengan 2003, dan 2018 hingga 2020.

Perdamaian itu adalah langkah strategik yang memenuhi kepentingan bersama, tetapi tidak mungkin negarawan itu dapat mengembangkan pengaruh PAS sehingga melebihi asas yang dikuasainya.

Pilihan raya umum November 2022 (PRU15) menandakan berakhirnya kerjaya politik Dr Mahathir yang luar biasa, selama enam dekad. Beliau kehilangan kerusi Langkawi, kehilangan wang deposit pilihan raya, dan meletak jawatan daripada partinya, Pejuang.

Selepas kekalahan memalukan itu, beliau mengisytiharkan bahawa akan menumpukan pada penulisan tentang sejarah Malaysia. Menjauhi kehidupan awam dengan berdiam diri di rumah, lebih suka bercakap di platform antarabangsa.

Tun Dr Mahathir menceburkan diri ke dalam politik domestik sekali lagi selepas kenyataan kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR), di mana perdana menteri Malaysia itu menyindir bahawa Dr Mahathir telah mencuri wang selama 22 tahun semasa menjadi Perdana Menteri.

Walaupun Datuk Anwar tidak menyebut nama Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri itu menyaman Datuk Anwar.

Tun Dr Mahathir kemudiannya mula aktif bercakap tentang melindungi hak Melayu, membawanya lebih dekat dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang mana PAS adalah sebahagian daripadanya.

Pada pilihan raya negeri yang lalu — yang menyaksikan pertandingan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan — Dr Mahathir berkempen untuk PN, walaupun beliau bukan ahli parti itu.

Pada 1980an dan 1990an, Dr Mahathir menganggap PAS sebagai parti politik yang “mundur”, dan tidak bersetuju dengan gesaannya untuk negara Islam dan kanun jenayah syariah.

PAS, melalui pemimpinnya Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, dan Tan Sri Abdul Hadi memperjuangkan undang-undang hudud yang merangkumi hukuman seperti potong tangan, rejam, dan hukuman mati.

Kemudian, Dr Mahathir dan kerajaan pimpinan Umno menghalang langkah itu. Dr Mahathir mengkritik PAS kerana tidak mematuhi versi Islam yang betul kerana PAS telah mengisytiharkan pemimpin Umno kafir (menyeleweng), dan menyokong Amanat Haji Hadi Awang yang terkenal pada tahun 1981.

Tindakan mengisytiharkan saudara seislam sebagai kafir, tidak selaras dengan prinsip Islam. Dalam ucapan yang disampaikan di Terengganu, Tan Sri Abdul Hadi telah mengisytiharkan perjuangan PAS sebagai jihad (perang suci) dan mengkritik Umno kerana menegakkan Perlembagaan kolonial, undang-undang orang kafir, dan perundangan pra-Islam.

Sebaliknya, pemimpin PAS kecewa dengan kerajaan Dr Mahathir kerana tidak menaikkan lagi negeri-negeri Pantai Timur Kelantan dan Terengganu yang lebih miskin. PAS menganggap Umno sebagai sekular.

Setakat 2019, Dr Mahathir meminta PAS berundur daripada Amanat Haji Hadi.

Kini Dr Mahathir dan Tan Sri Abdul Hadi (dan PAS) nampaknya telah melupakan permusuhan antara mereka, atas sebab politik.

Di satu pihak, Dr Mahathir telah menyertai gerombolan PAS untuk memulihkan imej negarawannya. Sebagai bapa kepada perindustrian Malaysia, dan orang yang menjadikan negara ini sebagai ekonomi Harimau Asia pada 1990an, Dr Mahathir tidak mahu berakhir dalam sejarah Malaysia sebagai raksasa politik yang runtuh.

Pada usia 97 tahun, Dr Mahathir terus mendapat penghormatan daripada masyarakat antarabangsa, khususnya di Jepun dan Korea Selatan, dan kerap diundang berucap di forum antarabangsa.

Lebih-lebih lagi, dunia Islam mengingati Dr Mahathir kerana bersuara untuk umat Islam semasa perang Bosnia dan isu Palestin.

Di peringkat domestik, rasa hormat terhadapnya telah berkurangan dengan ketara. Dengan prestasi pilihan raya PAS yang kukuh dalam pilihan raya umum dan negeri baru-baru ini, Dr Mahathir kini cuba untuk berada di pihak yang menang sekali lagi, mengurangkan kenangan kekalahannya pada 2022.

Sebaliknya, PAS mahu menumpang ketokohan Dr Mahathir untuk mengubah imejnya sebagai parti anti-pembangunan yang dipimpin oleh ulama konservatif.

Empat menteri besar yang menerajui PAS hari ini, berbeza dengan ulama terdahulu seperti Allahyarham Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan), Tan Sri Abdul Hadi (bekas Menteri Besar Terengganu) dan Allahyarham Azizan Abdul Razak (bekas Menteri Besar Kedah). Mereka adalah profesional, bekas penjawat awam dan ahli perniagaan.

Datuk Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah sekarang, mempunyai latar belakang tentera manakala Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu, adalah seorang jurutera angkasa lepas.

Mereka mahu memanfaatkan pengalaman Dr Mahathir untuk membina ekonomi dan menarik pelaburan ke empat negeri pimpinan PAS.

Dr Ahmad Samsuri telah menyebut bahawa Dr Mahathir boleh menghubungkan negeri-negeri itu dengan pelabur Jepun dan Korea Selatan, dan memberi nasihat mengenai tadbir urus yang berkesan.

Untuk mengukuhkan asas kuasanya, PAS tahu bahawa ia perlu membawa pembangunan di kawasan Utara dan Pantai Timur.

Bagaimanapun, penglibatan Dr Mahathir bukanlah penyelesaian yang cepat, kerana proses pembangunan akan mengambil masa beberapa dekad, terutamanya bagi negeri seperti Kelantan dan Perlis, yang berada pada tahap pembangunan yang lebih rendah, berbanding bahagian lain di Malaysia.

Lebih-lebih lagi, Dr Mahathir dan PAS mesti menyelaraskan dua konsep yang dianggap berlawanan yang menyumbang kepada perselisihan masa lalu mereka: kapitalisme nasionalis Dr Mahathir dan model pembangunan berasaskan Islam PAS.

Visi Dr Mahathir memberi tumpuan kepada persamaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu, melalui mempromosikan dan menyokong kelas Melayu-kapitalis sebagai ubat penawar. PAS masih sukar difahami secara konsep dengan sesekali menyebut tentang kebajikan.

Jika matlamat akhir PAS adalah untuk menembusi lebih jauh di bahagian bandar dan berbilang kaum di negara ini, Dr Mahathir mempunyai peranan yang terhad.

Untuk beralih dari kedudukan PAS yang berhaluan kanan/Islamis ke kanan-tengah, Dr Mahathir akan menjadi aset yang sudah melepasi tarikh luputnya.”

Sebagai perdana menteri Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, beliau bersedia untuk bekerja dalam lingkungan kepelbagaian budaya. Tetapi Dr Mahathir kini dikaitkan dengan wacana hak Melayu/Islam yang lebih eksklusif; ini mungkin tidak memberi manfaat kepada percubaan PAS untuk mengubah imejnya.

PAS memerlukan lebih daripada seorang Dr Mahathir jika ia serius untuk memenangi hati dan minda masyarakat Malaysia yang lebih luas, di luar benteng kekuatan tradisinya.

Penulis Zamil Kanan Iseas-Yusof Ishak Institute, dan pakar politik Singapura, Malaysia dan Indonesia. (Artikel ini pertama kali disiarkan di laman Iseas, Fulcrum)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >