Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai peribadi 'naik gila' tembak mati bos, dua orang lain di Pulau Pinang

Dec 02, 2016 | 08:43 AM



GEORGE TOWN (Pulau Pinang): Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh bosnya, seorang bergelar Datuk, dan dua orang lain di Ekspreswe Tun Dr Lim Chong Eu pada Khamis (1 Dis).



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Penolong Komandan Kanan Zainol Samah, berkata lelaki itu pengawal peribadi Datuk tersebut dan mereka bergerak dalam kereta yang sama.



"Seorang lagi penumpang dalam kereta itu cuba melarikan diri dengan berlari namun suspek terus menembaknya," kata beliau dalam satu sidang akhbar.



Ketua Polis Daerah George Town, Penolong Komandan Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan Datuk tersebut ialah Datuk Ong Teik Kwong, 32 tahun.



Empat orang lain cedera dalam kejadian pada 7.30 malam itu, termasuk seorang wanita yang cedera parah.



Seorang jurukamera RTM, Encik Muhamad Amirul Amin Amir, juga ditembak di dada apabila beliau melalui kawasan itu dengan motosikalnya.



Encik Amirul sedang menuju ke Pesta Pulau Pinang bersama kawannya, Encik Mohamad Iskandar Osman.



Sementara itu, salah seorang mangsa yang cedera memberitahu seseorang melalui telefon bahawa "pengawal peribadi itu naik gila" sebelum dia menembak mati bosnya.



Menurut seorang saksi wanita yang membuat laporan polis, beliau sedang memandu di lebuh raya itu apabila ternampak seorang lelaki dengan kepala dan mukanya berdarah.



Menyangka ia satu kemalangan jalan raya, beliau berhenti dan menawarkan untuk menghantarnya ke hospital.



Dalam perjalanan, lelaki itu meminta menggunakan telefon beliau untuk menghubungi keluarganya.



Wanita itu kemudian terdengar lelaki tersebut berkata "pengawal peribadi itu naik gila" dan "tailo (bos dalam bahasa Kantonis)" sudah mati.



Beliau juga mendengar lelaki tersebut berkata pengawal peribadi itu memukulnya di kepala dengan pistol.



Lelaki itu kemudian menelefon seseorang lagi dan berkata semua barang dan begnya ada dalam kereta bos itu.



Mendengar ini, wanita itu berkata beliau ketakutan dan menurunkan lelaki tersebut di sebuah kedai minyak. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >