Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelakon DiCaprio akan pulangkan hadiah jika datang daripada dana 1MDB

Oct 19, 2016 | 11:59 AM



NEW YORK: Yayasan kebajikan milik pemenang Oscar Leonardo DiCaprio akan memulangkan hadiah atau derma yang diberi kepada beliau atau yayasannya jika ia didapati datang daripada dana kekayaan Malaysia, 1MDB, kata wakil pelakon itu pada Selasa (18 Okt).



Dalam komen pertamanya mengenai siasatan antarabangsa terhadap 1MDB, DiCaprio berkata beliau sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menentukan apakah wang tersebut datang daripada sumber-sumber yang boleh dipersoal, menurut kenyataan itu.



Pada Julai lalu, sebuah syarikat pengeluaran Hollywood dituduh dalam satu tuntutan mahkamah sivil Amerika menggunakan wang AS$100 juta ($139 juta) yang dipesongkan daripada 1MDB untuk membiayai film The Wolf of Wall Street, yang dibintangi DiCaprio, pada 2013.



Dalam kenyataan itu, wakil DiCaprio berkata beliau mula mengetahui mengenai siasatan tersebut melalui laporan akhbar pada Julai.



"Beliau segera menyuruh wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman untuk menentukan apakah beliau atau yayasan beliau, Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF), pernah menerima sembarang hadiah atau sumbangan amal secara langsung atau tidak langsung yang ada kaitan dengan pihak-pihak itu, dan jika ya, memulangkan hadiah atau derma tersebut secepat mungkin," kata kenyataan itu.



"Semua perhubungan dimulakan oleh Encik DiCaprio dan LDF," katanya.



Syarikat pengeluaran itu, Red Granite Pictures, telah berkata sejauh yang ia tahu tiada wang yang diterimanya adalah tidak sah dan ia tidak pernah melakukan sembarang kesalahan.



LDF, yang ditubuhkan pada 1998, menyokong pelbagai projek alam sekitar.



Pada Ogos, Hollywood Reporter menerbitkan laporan yang mendakwa yayasan itu mendapat manfaat kira-kira AS$2 juta dalam bentuk wang tunai dan derma barangan yang diberi oleh seorang pembiaya Malaysia yang disebut dalam tuntutan mahkamah Amerika itu terlibat dalam penciptaan dana 1MDB.



DiCaprio, yang memenangi Oscar pada 2016 bagi peranannya dalam filem The Revenant, juga merupakan "utusan keamanan" perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Beliau menghadapi tekanan daripada beberapa aktivis alam sekitar supaya berundur daripada peranan itu berikutan skandal 1MDB.



Wakil DiCaprio berkata beliau menahan dirinya daripada bercakap mengenai perkara itu sebelum ini "kerana menghormati siasatan yang sedang dijalankan, yang menyentuh banyak badan kebajikan, hospital dan individu, yang mungkin menerima dengan tidak sengaja dana yang kini menjadi persoalan". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >