Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peluru berpandu yang tembak MH17 datang dari Russia

Sep 29, 2016 | 09:53 AM



NIEUWEGEIN (Belanda): Sebuah pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di timur Ukraine diserang oleh peluru berpandu Buk buatan Russia yang dilancarkan dari sebuah kampung yang dikuasai pemberontak Ukraine, kata pendakwa raya antarabangsa pada Rabu (28 Sep).



Sistem peluru berpandu Buk yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu melepaskan satu peluru berpandu dari kampung Pervomaysk dan selepas itu ia dipulangkan ke Russia, kata pihak pendakwaan daripada Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.



Dapatan mereka mencabar cadangan Moscow bahawa penerbangan M17 Malaysia Airlines, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014, dijatuhkan oleh tentera Ukraine.



Semua 298 orang dalam pesawat itu, sebahagian besar daripada mereka warga Belanda, terbunuh.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, respon dengan menggesa tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.



Pendakwa raya tidak boleh memfailkan pertuduhan, tetapi saudara-mara mangsa sedang mencari butir-butir mengenai pihak yang menembak pesawat itu dengan harapan ia boleh membawa kepada pendakwaan terhadap mereka.



Bernama melaporkan Datuk Seri Najib memberitahu pemberita Malaysia di Jerman, yang sedang dilawatinya dalam lawatan tiga hari:



"Berdasarkan kedua-dua dapatan, Malaysia mahu tindakan tegas diambil. Kami telah berjanji bahawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu akan dibawa ke muka pengadilan. Kita berhutang pada keluarga mangsa. Keluarga mangsa mahu keadilan. Oleh itu, kami akan meneruskan ini."



Pendakwa raya itu memberitahu satu sidang akhbar di Nieuwegein, di tengah Belanda, pasukan siasatan mengenal pasti 100 orang yang digambarkan sebagai penting kepada mereka, tetapi mereka belum menentukan siapa yang boleh dipersalahkan.



Tidak jelas sama ada para pejuang itu diarah supaya melancarkan peluru berpandu tersebut atau mereka bertindak secara bebas, kata pendakwa raya.



Satu siasatan awam oleh Lembaga Keselamatan Belanda juga membuat kesimpulan tahun lepas MH17 ditembak oleh peluru berpandu Buk dari timur Ukraine, tetapi Moscow menafikan pemberontak pro-Russia bertanggungjawab.



Semasa kejadian itu pada 17 Julai 2014, pemisah pro-Russia sedang memerangi tentera pemerintah Ukraine di rantau itu.



Pendakwa raya itu tidak boleh memfailkan tuduhan kerana tidak ada perjanjian antarabangsa mengenai mahkamah yang boleh mendengar kes itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >