JAKARTA - Tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, Mooryati Soedibyo yang juga pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu dan Yayasan Puteri Indonesia (YPI) meninggal dunia awal pagi 24 April.
Cik Mooryati, 96 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dan berita duka itu telah disahkan oleh anaknya, Putri Kuswisnuwardhani yang juga merupakan ahli Majlis Penasihat Presiden (Wantimpres), lapor Kompas.
Pemergiannya disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Melalui PT. Mustika Ratu yang ditubuhkan pada 1973, Cik Mooryati mula mengeksport produk herba dan kecantikannya ke 20 negara, termasuk Timur Tengah, Rusia, Belanda, Jepun, Afrika Selatan, Asia Barat, Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura dan Brunei.
Sejak berusia 3 tahun, Cik Mooryati telah diperkenalkan dengan resepi kecantikan tradisional dan jamu di tempat asalnya iaitu Keraton Surakarta, yang terkenal sebagai pusat tradisi budaya Jawa.
Selain aktif dalam sektor perniagaan dan pakar kecantikan, Mooryati juga pernah menjadi anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia antara 2004 hingga 2009.
Cik Mooryati juga digelar Sarjana Perubatan Herba Indonesia kerana kepakarannya dalam menghasilkan jamu, yang kemudiannya menjadi salah satu bidang perniagaan yang diceburinya. Beliau juga adalah pengasas acara kecantikan Miss Indonesia sejak 1992.
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara
Hanya dengan menggunakan suara emasnya, wartawan penyiar ikonik era 1970-an hingga lewat 2000-an, Rashid Sulaiman, bagaikan membawa pendengar radio ‘terbang jauh’ ke padang bola sepak di seberang
Ada banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup Pengarah Muzik Warna 942, Elfie Rafiee, yang sebenarnya membuka pintu rezekinya dan orang lain.
Elfie, 45 tahun, ditawarkan tugas sebagai deejay sambilan
Memulihkan diri dan menyahtoksin.
Itulah yang mungkin terlintas di fikiran tatkala menyebut tentang mata air panas yang menggelegak mahupun mandian terma.
Sedang rawatan ini merupakan langkah besar
Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
Dua peribahasa ini mula kerap digunakan warganet dan selebriti sejak akhir-akhir ini, merujuk pada
Di tengah-tengah kegiatan sehari-hari di Jalan Kayu, yang terkenal dengan deretan kedai perata dan restoran terjangkau harga makanannya, berdiri dengan megah kafe The Apricus Coffee & Food Co.
Kafe
Selepas lama mendiamkan diri dan ‘hilang’ daripada radar media, penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, akhirnya bersuara tentang rentetan kontroversi tidak berkesudahan yang melanda hidupnya
Tesla telah menyelesaikan beberapa rintangan kawalan pemerintah yang telah lama menghalangnya daripada melancarkan perisian pemanduan sendiri di China, membuka jalan membuahkan hasil menggalakkan
Jejantas bukan sahaja membantu pejalan kaki menyeberang jalan raya sibuk dan ekspreswe, bahkan berupaya membantu haiwan liar menyeberang jalan dengan selamat.
Biarpun Singapura dipenuhi bangunan bandar
Hari Ibu 2024 jatuh pada 12 Mei dan tentunya ramai anak-anak sudah mula merancang sambutan acara bahagia itu selain mendapatkan hadiah istimewa buat ibu tersayang.
Anda tidak ada idea apakah yang