Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganasan: M'sia tangkap 3 warga asing, seorang rakyat tempatan

Sep 22, 2016 | 02:27 PM



KUALA LUMPUR: Tiga warga asing dan seorang rakyat tempatan ditangkap di Malaysia kerana didakwa terbabit dalam pelbagai kumpulan pengganas, termasuk Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek ditangkap oleh Bahagian Penentangan Pengganasan Cawangan Khas Bukit Aman antara 2 Ogos dan September 17 lalu.



Ketiga-tiga warga asing itu telah dihantar pulang ke negara mereka.



Seorang daripada mereka ialah lelaki Bangladesh berusia 37 tahun, yang ditangkap pada 19 Ogos kerana menyeludup senjata untuk kumpulan pengganas antarabangsa.



"Dia memiliki sebuah restoran di Bukit Bintang dan diletak dalam Notis Merah Interpol. Dia dihantar pulang pada 2 September," kata Tan Sri Khalid dalam satu kenyataan pada Khamis (22 Sept).



Suspek kedua - seorang peniaga warga Nepal berusia 38 tahun - juga ditangkap pada 19 Ogos dan dihantar pulang pada 2 Sept.



"Kami mendapati dia menjalankan pusat hiburan dan sebuah hotel. Kami percaya dia bertanggungjawab memalsukan dokumen bagi memudahkan perjalanan pengganas," ujar Tan Sri Khalid.



Dua lagi suspek - lelaki Maghribi berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengimpal dan lelaki tempatan berusia 34 tahun - ahli ISIS di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan seorang pejuang ISIS warga Malaysia, Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.



Pihak berkuasa Turkey menahan lelaki Maghribi itu sebelum ini kerana cuba memasuki Syria.



"Selepas dibebaskan, dia datang ke Malaysia pada Mei," kata Tan Sri Khalid. Dia ditangkap pada pada 2 Ogos dan dihantar pulang pada 21 Sept.



Lelaki tempatan itu disyaki memajukan propaganda dan ideologi ISIS melalui akaun Facebooknya. Dia bekerja sebagai pemandu bagi seorang ahli perniagaan. - The Star/Asia News Netwok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >