Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis tembak mati remaja 16 tahun susulan serangan pisau di Perth

May 05, 2024 | 04:17 PM



PERTH: Satu siasatan sedang dijalankan di Australia Barat selepas polis menembak mati seorang remaja yang dilaporkan menikam seorang individu menggunakan pisau.


Masyarakat Willetton di selatan Perth terkejut selepas laporan mengenai insiden serangan itu tersebar di wadah berita tempatan.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di High Street sebelum 11.30 malam pada 4 Mei, lapor The Straits Times (ST).


Menurut WAMN News pada 5 Mei, satu operasi polis telah dikerahkan menyusuli kejadian itu.

Beberapa saksi menggambarkan keadaan huru-hara dengan seorang lelaki yang membawa sebilah pisau panjang mengejar beberapa orang di jalan raya.

Portal News.com.au melaporkan bahawa suspek berusia 16 tahun itu merupakan lelaki kulit putih yang dipercayai bersenjatakan pisau dapur sepanjang 30 sentimeter.


Menurut polis, dia menghubungi polis untuk datang ke tempat letak kereta di luar Bunnings Willeton sekitar 10 malam pada 4 Mei selepas dia menikam seorang lelaki.

Pihak berkuasa berkata mangsa, yang ditikam pada bahagian belakang tubuhnya, kini berada dalam keadaan stabil di hospital.

Pesuruhjaya Polis Col Blanch berkata beberapa pegawai polis mengarahkan remaja itu meletakkan pisaunya ke bawah.

Apabila dia enggan berbuat demikian dan meluru ke arah polis dengan senjata itu, beliau berkata dua pegawai polis menggunakan alat renjat atau ‘taser’ ke arahnya manakala seorang lagi pegawai menembaknya.

Remaja tersebut kemudian meninggal dunia di hospital, tambahnya.

Pesuruhjaya Blanch berkata remaja lelaki itu, yang mengalami masalah kesihatan mental, dikenali polis.

Dia juga difahamkan menyertai satu program mengenai “radikalisasi di dalam talian”.

Awal daripada itu, ketua kerajaan Australia Barat, Encik Roger Cook, berkata:

“Terdapat tanda-tanda dia jadi radikal melalui (kandungan) dalam talian.

“Namun saya ingin meyakinkan masyarakat bahawa setakat ini, dia bertindak secara sendiri.

“Anggota masyarakat Islam Australia Barat, yang berasa bimbang dengan kelakuannya, menghubungi polis sebelum insiden ini dan saya mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka. Polis memberi respons dalam masa beberapa minit.”

Dalam satu sidang media pada 5 Mei, Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, mengucapkan terima kasih kepada polis Australia Barat atas tindakan pantas mereka dalam membendung kejadian itu dan turut melahirkan rasa simpati terhadap mereka yang terjejas dengan insiden tersebut.

Serangan pisau di Perth itu menyusuli satu lagi kejadian tikam di sebuah pusat beli-belah di Sydney pada 13 April yang menyebabkan enam orang terkorban.

Satu lagi kejadian tikam di sebuah gereja di Australia pada 15 April menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang, termasuk seorang biskop, cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >