Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Punca kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor belum dapat dipastikan

Oct 25, 2016 | 06:25 PM



FAKHRURADZI ISMAIL

mfismail@sph.com.sg

PUNCA sebenar kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pagi tadi masih belum dapat disahkan lagi, menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam tadi.

Beliau berkata siasatan sedang giat dijalankan selepas enam pesakit disahkan mati akibat kelecuran dan terhidu asap tebal.

Seorang lagi pesakit telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan akibat kelecuran manakala enam kakitangan hospital turut mengalami kecederaan.

"Saya amat bersedih dengan berita tentang kebakaran yang berlaku di HSA sekitar 9 pagi tadi... Bahagian Kebakaran dan Menyelamat Johor dan pihak berkuasa yang relevan telah mengambil tindakan yang diperlukan bagi mengawal kebakaran dan menyelamatkan pesakit dan kakitangan yang terjejas oleh kejadian ini.

"Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan bagi membantu mereka yang terjejas dan agensi relevan juga akan memberikan kerjasama untuk mengawal situasi ini," kata Datuk Subramaniam.

Kebakaran yang dikatakan berlaku dari sebuah bilik rawatan di wad Unit Jagaan Rapi (ICU) hospital tersebut, telah berjaya dipadamkan sekitar 11.30 pagi oleh pasukan bomba Johor Bahru.

Seramai 40 ahli bomba serta 10 kenderaan mengawal kebakaran telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Walaupun hospital tersebut dilengkapkan dengan sistem mengawal kebakaran seperti sistem pemercik atau 'sprinkler' dan alat pemadam api, api telah merebak dengan pantas dan kakitangan hospital hanya mampu bertindak dengan pantas untuk cuba menyelamatkan pesakit lain yang berada di bangunan tersebut.

Menurut Datuk Subramaniam lagi, seramai 477 pesakit telah dikeluarkan dari bangunan hospital yang terjejas dan ada di antara mereka telah dipindahkan ke HSI.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang juga telah melawat lokasi kejadian petang tadi, membenarkan HSA menggunakan Wad Diraja bagi menempatkan pesakit ICU buat sementara waktu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >