Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin dakwa wilayah Ukraine dikuasai Moscow mahu sertai Russia

Sep 30, 2023 | 10:49 AM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, pada Sabtu berkata bahawa penduduk di wilayah yang dikuasai Moscow di Ukraine melahirkan hasrat mereka untuk menjadi sebahagian daripada Russia hasil pilihan raya setempat terkini.


Ini mengesahkan lagi referendum tahun lalu bahawa negara barat menganggapnya sebagai tidak sah.

Dalam satu video yang dikeluarkan sempena setahun pengumuman kontroversial Russia bahawa ia akan menggabungkan empat wilayah Ukraine, Encik Putin berkata pilihan untuk menyertai Russia diperkukuh menerusi pilihan raya setempat bulan ini yang menyokong penggabungan itu.

“Hanya setahun lalu dalam referendum bersejarah, orang ramai sekali lagi melahirkan dan mengesahkan keinginan mereka untuk menjadi sebahagian Russia dan menyokong rakan senegara mereka yang menerusi kerja dan tindakan sebenar mereka, membuktikan mereka layak mendapat kepercayaan orang ramai,” katanya dalam satu video selama empat minit itu.

Encik Putin menekankan pendiriannya bahawa pencerobohan Russia pada Februari 2022 ke atas Ukraine bertujuan menyelamatkan penduduk daripada pemimpin nasionalis di Kyiv yang melancarkan “perang sivil berskala penuh” dan “pengganasan terhadap mereka yang berfikiran secara berbeza”.

Pada 30 September 2022, empat wilayah Ukraine – Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia – digabungkan secara rasmi dengan Russia selepas referendum yang menurut Russia mendapat sokongan majoriti.

Negara barat bagaimanapun menganggap dapatan itu sebagai tidak bermakna dan tidak sah, yang didorong oleh paksaan besar-besaran terhadap pengundi.

Pasukan Russia tidak mengawal sebarang wilayah sepenuhnya.

Tentera keselamatan Ukraine yang dibantu senjata barat, bertahan semasa percubaan awal Russia untuk menceroboh Kyiv dan perang itu beralih ke kawasan yang dikuasai Russia di bahagian timur dan selatan.

Pada Jun, askar Ukraine melancarkan serangan balas bagi menguasai semula kawasan yang dikuasai Moscow itu.

Pada Selasa tentera Russia berkata mereka telah mematahkan serangan kumpulan militan Ukraine ke atas sebuah wilayah perbatasan Russia dengan menggunakan kereta berperisai, mengakibatkan lebih 70 nasionalis Ukraine terbunuh, dan memaksa saki-baki mereka berundur semula ke Ukraine.

Disifatkan sebagai satu pencerobohan terbesar oleh Ukraine sejak perang bermula 15 bulan lalu, dua kumpulan yang dikatakan anti-Kremlin, yang menggunakan pangkalan Russia di luar negara, berkata mereka bertanggungjawab terhadap serangan yang dilancarkan di rantau Belgorod di Russia itu.

Kementerian Pertahanan Russia, yang menuding pihak berkuasa Ukraine, berkata tenteranya telah mengepung musuh pejuang itu dan menewaskan mereka dengan “serangan udara, tembakan meriam dan tindakan unit-unit di perbatasan”.

Katanya lagi, lebih 70 pejuang Ukraine telah terbunuh dan empat kereta berperisai serta lima trak pengangkut telah dimusnahkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >