Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pyongyang jaya uji enjin roket berkuasa tinggi baru: Korea Selatan

Sep 20, 2016 | 11:29 AM



SEOUL: Korea Utara telah berjaya menjalankan ujian di darat enjin roket berkuasa tinggi baru, kata media pemerintah pada Selasa (20 Sept), dalam satu perkembangan yang boleh memajukan program senjata Pyongyang.



Selepas menyelia ujian di tapak satelit pelancaran Sohae milik negara itu, pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, menggesa pegawai, saintis dan teknisyen supaya "menamkatkan persiapan bagi melancarkan satelit secepat mungkin", lapor agensi berita KCNA.



Terdapat spekulasi Korea Utara mungkin menyambut ulang tahun ke-68 Parti Pekerja Korea yang memerintah pada 10 Okt dengan melancarkan satelit.



Encik Kim juga menggesa lebih banyak pelancaran roket bagi menjadikan negara itu "pemilik satelit geopegun dalam beberapa tahun akan datang", kata KCNA.



Korea Utara telah menjalankan siri ujian peluru berpandu jarak jauh, terakhir pada Februari.



KCNA berkata enjin itu akan memberi Korea Utara "kemampuan pelancaran mencukupi untuk melancarkan pelbagai jenis satelit, termasuk satelit pemerhatian Bumi pada paras dunia".



Ia tidak memberi tarikh ujian itu tetapi biasanya media pemerintah melaporkan kegiatan Encik Kim selang sehari.



Media pemerintah berkata ujian yang dijalankan telah membolehkan Pyongyang mencapai matlamatnya berupaya memuatkan kepala peledak bersaiz kecil pada roket.



Jika ini dicapai, Pyongyang mungkin mencapai matlamatnya mengena sasaran di Amerika Syarikat. Tetapi pada masa lalu dakwaan itu ditolak. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >