Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Rakyat Russia kian terpinggir, rebut dapatkan wang tunai

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Ramai orang beratur panjang di pusat beli-belah di Moscow kelmarin sedang perebutan mendapatkan wang tunai berterusan, dan rakyat Russia menghadapi pengasingan semakin meningkat apabila sekatan barat menyulitkan perjalanan dan pasukan sukan nasional diusir daripada pertandingan utama antarabangsa.



Sekatan Barat terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine mengancam akan memusnahkan ekonomi Russia, dan telah menyebabkan mata wang rubel menjunam ke paras terendah minggu ini sebelum pulih sebahagiannya.



Sesetengah penduduk Moscow menunggu berjam-jam, tetapi mendapati mesin keluar wang automatik (ATM) kosong.



Ia mengingatkan akan zaman Soviet Union apabila orang ramai beratur berjam-jam untuk membeli makanan ruji.



Rubel mencecah paras terendah 109.1850 berbanding sedolar Amerika Syarikat di Bursa Moscow Isnin lalu, beberapa hari selepas Russia melancarkan apa yang dipanggilkannya "operasi khas" di Ukraine.



Beberapa penganalisis berkata rubel boleh terus menjunam berikutan lebih banyak sekatan Barat yang bertujuan mengenepikan Russia, meningkatkan risiko mungkir hutang asingnya.



Penduduk, yang sedang dilanda inflasi tinggi, kini bimbang harga akan meningkat lagi dan telah pun menyaksikan kadar faedah naik lebih daripada dua kali ganda sedang bank pusat cuba menyokong mata wang tempatan.



Russia telah menutup ruang udaranya kepada syarikat penerbangan daripada Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain sebagai tindak balas kepada sekatan, menaikkan harga tiket dan mengehadkan keupayaan penduduknya melakukan perjalanan.



Warga Russia juga akan terlepas peluang menyaksikan pasukan bola sepak negara mereka cuba melayakkan diri ke Piala Dunia tahun ini atau pemain luncur terkenal dunia, yang kebanyakannya menaiki podium di Sukan Beijing bulan lalu, bersaing di acara antarabangsa.



Dengan kuasa beli dan peluang semakin berkurangan, ramai rakyat Russia memilih membelanjakan rubel mereka untuk membeli peranti elektronik seperti telefon pintar dan laptop sebelum ia menjadi terhad, atau tidak mampu dibeli. Jualan dilaporkan melonjak 80 peratus pada 21 hingga 27 Februari berbanding minggu sebelumnya.



"Semuanya jelas buruk," ujar Anna, seorang penduduk Moscow. "Semua orang akan berasa sedih. Harga naik. Saya tidak suka ini." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >