Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ramai pemegang jawatan DAP di Pulau Pinang digugur, beri jalan muka baru

Jul 26, 2023 | 02:07 PM



GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang pernah menimbulkan kontroversi mengenai perkhidmatan awam dikuasai satu kaum pada awal tahun ini, adalah antara mereka yang digugurkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.


Penggugurannya sekali gus menyaksikan Pulau Pinang bakal memiliki dua timbalan ketua menteri baru jika PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas PRN.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, turut digugurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketika pengumuman calon dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Shah Alam, Selangor.

Selain dua timbalan ketua menteri itu, turut digugurkan daripada pencalonan bagi persaingan PRN di pulau mutiara itu adalah tujuh Exco kerajaan negeri dari Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan PKR, sekali gus menyaksikan rombakan besar-besaran bakal berlaku dalam kepimpinan negeri itu, jika PH membentuk semula kerajaan negeri, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam pengumuman barisan calon DAP Pulau Pinang pada Selasa, parti itu akan mempertahankan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandangnya dan mengekalkan 10 penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum ini.

Ia termasuk bekas Ketua Menteri, Encik Lim Guan Eng, yang akan bertanding di DUN Air Putih dengan Ketua Menteri sementara, Encik Chow Kon Yeow, di DUN Padang Kota. Sembilan muka baru pula ditampilkan DAP.

Pengumuman senarai calon DAP Pulau Pinang dan Kedah dibuat Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke.

“Kita ingin membawa nafas baru dalam DAP dan proses pembaharuan berlaku pada setiap kali pilihan raya,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah pada Selasa.

Dr Ramasamy, 74 tahun, dipilih sebagai Exco kerajaan negeri kali pertama pada 2008 selepas memenangi kerusi DUN Perai.

Beliau disifatkan ‘giant killer’ ketika itu apabila menumbangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon, di Parlimen Batu Kawan dalam PRU 2008 dengan majoriti 9,485 undi.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan merupakan orang India pertama dilantik ke jawatan itu.

Awal tahun ini, Dr Ramasamy dikritik hebat kerana menimbulkan beberapa isu kontroversi, termasuk mengenai kakitangan awam.

Beberapa pihak menyifatkannya sebagai bermulut celupar selepas beliau menggesa Kerajaan Perpaduan menamatkan dominasi Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >