Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi lancar kad haji, permudah prosedur keselamatan

May 03, 2024 | 12:32 PM



RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah melancarkan kad haji, Nusuk, yang akan digunakan untuk musim haji ini.


Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah mengeluarkan kad haji Nusuk dengan menyampaikan salinannya kepada Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Encik Yaqut Cholil Qoumas di Jakarta pada 30 April, semasa lawatan rasminya ke Indonesia, lapor Saudi Gazette.


Dr Tawfiq dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Encik Yaqut membincangkan persiapan terakhir dan cara untuk menyelaraskan perkhidmatan untuk jemaah haji Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai yang menghantar kontinjen terbesar 241,000 jemaah haji tahun ini.

Dalam lawatan itu, menteri Arab Saudi bertemu dengan pegawai kanan Indonesia, ketua perkhidmatan haji yang menyediakan syarikat dan pelabur, untuk mengkaji peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan taraf kemudahan dan perkhidmatan, untuk tetamu Allah.

Pelancaran kad itu adalah yang terbaru, dalam siri pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah kemudahan dan keselesaan para jemaah haji.

Kad haji Nusuk, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan prosedur operasi untuk musim haji yang akan datang, bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan melakukan ibadah haji, serta membanteras kejadian mengerjakan haji secara haram.

Ia direka bentuk supaya mudah dibaca secara automatik. Kad itu memudahkan pegawai haji mengenal pasti dan mengesahkan identiti setiap jemaah.

Kad itu juga membantu untuk menghalang individu yang tidak dibenarkan memasuki tapak suci, dan dengan itu memastikan keselamatan semua jemaah.

Kementerian itu mendedahkan bahawa kad itu adalah dalam format digital dan fizikal (cetak). Salinan cetakan kad itu akan dihantar kepada jemaah haji melalui misi haji masing-masing, atau syarikat perkhidmatan penyedia haji.

Portal berita Saudi Gazette melaporkan pihak kementerian menggesa jemaah yang datang dari dalam mahupun luar Arab Saudi untuk mendapatkan kad berkenaan sebelum tiba di Tanah Suci.


Jemaah haji asing dan domestik diwajibkan membawa kad itu ketika melakukan perjalanan dan pergerakan sepanjang tempoh haji bermula dari ketibaan sehingga pulang ke negara masing-masing. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >