PETRA JAYA: "Ariza ada menghubungi kami sebelum berlepas (dari Amsterdam) meminta supaya mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 4 petang (semalam).
"Dia bersama suami dan anak dijadualkan pulang ke Kuching dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2 petang ini untuk pulang berhari raya dan terus bekerja di Shell Kuala Lumpur selepas tiga tahun bekerja di Kazakhstan," kata Cik Jamilah Noriah Abang Anuar, 72 tahun, ibu kepada Cik Ariza Ghazalee, 46 tahun, salah seorang penumpang MH17.