Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suruhanjaya Komunikasi digesa jelaskan kenapa UtusanTV disekat

Aug 09, 2023 | 03:36 PM



Sekurang-kurangnya dua pertubuhan utama di Malaysia menzahirkan kebimbangan tentang dakwaan beberapa laman media telah disekat dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan mengenai dakwaan satu lagi portal berita, Utusan TV disekat kepada pengguna di Malaysia.

Sekatan itu adalah yang terbaru dalam tempoh kurang dua bulan selepas portal berita MalaysiaNow dan Malaysia Today serta laman blog bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Encik Wee Choo Keong dikatakan melanggar undang-undang negara.

Pertubuhan pengamat politik, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) menganggap langkah tapisan tersebut tidak seharusnya digunakan untuk menyekat sebarang bentuk berita, rencana atau pendapat.

Bersih berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu untuk menunaikan ikrar beliau, sebagaimana yang tertulis dalam manifesto gabungan beliau untuk mempertahankan kebebasan bersuara dan melindungi kebebasan media.

Sekiranya ada sebarang isu terhadap kandungan daripada sesebuah organisasi media, Bersih berkata, satu proses yang telus perlu ada melalui surat tunjuk sebab dan peluang memohon sebelum sebarang sekatan dibuat.

Bersih khuatir dengan keputusan kerajaan untuk menyekat akses laman web UtusanTV.com melalui beberapa Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP). Laman ini adalah laman serpihan daripada seksyen gaya hidup di Utusan Malaysia.

Geramm pula berpendapat MCMC perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam mengambil sebarang langkah sekatan kandungan dalam talian, terutama apabila melibatkan portal-portal berita.

“Setakat ini dalam dua kejadian dilaporkan, pihak editorial berkaitan tidak diberi sebarang pemberitahuan bahawa laman web mereka telah disekat, atau alasan sekatan dibuat.

“Adalah agak pelik apabila pihak SKMM sebaliknya bertindak untuk “menyiasat” aduan yang dibuat oleh pengurusan media yang disekat, sedangkan perlu ada alasan jelas sebelum sekatan dibuat, dan tidak ada pihak berkuasa lain yang boleh mengambil tindakan sedemikian,” ujar Geramm.

Portal berita UtusanTV yang mempunyai 2.9 juta pengikut di laman TikTok disekat akses kepada sebahagian besar pembacanya sejak awal Isnin.

Portal berita itu, https://utusantv.com, adalah laman sesawang yang dikendalikan oleh Utusan Binders Sdn Bhd – salah satu daripada bekas anak syarikat Kumpulan Utusan.

UtusanTV tidak ada kaitan langsung dengan Media Mulia mahupun akhbar Utusan Malaysia. Utusan Malaysia dalam kenyataan di portalnya, menjelaskan Utusan Malaysia dan permit penerbitannya adalah milik sah Media Mulia.

Ketua Pengarang UtusanTV Encik Zulkefli Hamzah ketika dihubungi Malaysia Now memaklumkan pihaknya sudah menghubungi SKMM untuk mendapat pengesahan.


“Kami sudah menghubungi SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Digital dan masih menunggu penjelasan daripada mereka,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >