Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita dirompak 3 remaja semasa letak kereta di Bukit Indah di JB

Nov 29, 2016 | 09:09 AM



ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita dirompak oleh tiga remaja di tempat letak kereta di Bukit Indah, yang kemudian memandu beliau di dalam keretanya dan melepaskan beliau selepas 14km di Jalan Tun Razak.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Timbalan Superintenden (DSP) Ismail Dollah, berkata pada Isnin (28 Nov) wanita itu seorang diri dan sedang meletak kereta Perodua Bezza beliau di sebuah tempat sunyi dan agak gelap di kawasan letak kereta para kira-kira 7.45 malam pada Sabtu (26 Nov).

Tiba-tiba, keretanya dihalang oleh sebuah kereta Proton Wira dan beberapa pemuda turun.

Mereka mengetuk tingkap kereta wanita itu dengan barang tajam dan memaksa beliau membuka pintu.

"Wanita itu mengikut perintah mereka kerana ketakutan.

"Beliau kemudian disuruh duduk di tempat duduk penumpang sebelum mereka memasuki keretanya dan menutup matanya dengan kain gelap," kata DSP Ismail dalam satu kenyataan media.

Salah seorang remaja itu kemudian memandu kereta tersebut manakala yang lain merompak barang kemas, jam tangan, telefon bimbit dan dompet mengandungi RM100 ($32) mangsa.

Wanita itu juga ditumbuk apabila beliau enggan menyerahkan barang-barangnya.

"Mereka kemudian memandu kereta mangsa ke kawasan terpencil di Jalan Tun Razak dan meninggalkannya di sana.

"Wanita itu terpaksa berjalan kira-kira 500 meter ke bengkel membaiki motosikal dan meminta pertolongan," kata DSP Ismail. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >