Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Aviva, Prudential mungkin syarikat pertama naikkan premium insurans IP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Aviva, Prudential mungkin syarikat pertama naikkan premium insurans IP

Oct 21, 2016 | 11:17 AM



AVIVA dan Prudential dijangka menjadi syarikat insurans pertama menaikkan premium bagi polisi Pelan Perlindungan Bersepadu (IP).



Kenaikan itu dijangka diumum bulan depan selepas tempoh moratorium, atau penangguhan, 12 bulan yang dikenakan apabila MediShield Hayat diperkenal pada 1 November tahun lalu dihentikan.



Difahamkan purata kenaikan premium itu ialah antara 9 peratus dan 15 peratus dan mungkin menjejas IP meliputi hospital swasta.



Ini kerana bilangan dan nilai tuntutan yang dibuat di hospital swasta telah melonjak berbanding di hospital awam, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (21 Okt).



Enam syarikat insurans menawarkan IP: AXA, AIA, Aviva, Great Eastern, Prudential dan NTUC Income.



Prudential berkata semakan premium mencerminkan sekitaran kos perubatan dan tuntutan yang semakin naik.



Penyedia IP lain juga dijangka mengumumkan kenaikan premium masing-masing.



NTUC Income telah berkata ia akan meningkatkan premium beberapa pelannya tahun depan. Sumber berkata kenaikan premium syarikat itu mungkin tidak terhad pada IP kelas tertinggi kerana tuntutan yang dialaminya meliputi semua pelan.



Sebagai syarikat paling baru menawarkan IP, mulai Mei lalu, AXA tidak mungkin menaikkan premium sekurang-kurang sehingga selepas setahun, kata pemerhati.



Jika Aviva dan Prudential menaikkan premium mereka bulan depan, pelanggan terjejas ialah yang tempoh pembaharuan polisi mereka jatuh pada Disember.



Lazimnya terdapat tempoh notis 30 hari sebelum perubahan pada sesesuatu pelan dibuat bagi pemegang polisi sedia ada. Oleh itu, pemegang polisi IP yang tempoh pembaharuannya jatuh pada Nov dapat menikmati kadar premium semasa selama 12 bulan lagi.



Menurut sumber, pelanggan Aviva dan Prudential yang terjejas ialah yang mempunyai IP meliputi hospital swasta.



Melangkah ke depan, Prudential merancang menawarkan manfaat yang dipertingkat kepada pemegang polisi IP baru dan sedia ada yang merangkumi hospital swasta dan hospital awam wad kelas A.



Had tahunan polisi itu akan dinaikkan masing-masing kepada $1.2 juta dan $600,000.



Pelanggan IP juga akan menikmati faedah lebih tinggi, iaitu perlindungan selama 365 selepas keluar hospital, berbanding 180 hari pada masa ini.



Aviva pula mungkin meniadakan beberapa manfaat bagi pelanggan IP baru mulai 15 Nov, menurut sumber.



Dilaporkan bahawa AIA dan Great Eastern mendapat keuntungan kecil melalui polisi IP, sementara Aviva, Prudential dan Income mengalami kerugian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >