Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

CEO SIA terima anugerah perniagaan terkemuka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CEO SIA terima anugerah perniagaan terkemuka

Dec 06, 2016 | 11:51 AM



KETUA Pegawai Eksekutif Singapore Airlines (SIA). Encik Goh Choon Phong, mendapat anugerah yang amat didambakan kerana mengubah syarikat penerbangan itu untuk bersaing dengan lebih baik dalam sekitaran semakin sukar.



Beliau diberi Anugerah Inovasi Global Dwight D. Eisenhower 2016 oleh Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam satu majlis jamuan malam gala di New York pada Isnin (5 Dis).



Ini kali pertama anugerah BCIU diberi kepada penerima dari Asia Tenggara.



Dalam memberi beliau penghormatan tersebut, pertubuhan tidak cari untung itu berkata Encik Goh "seorang berwawasan yang kepimpinan transformasinya meningkatkan dan memberi tenaga kepada kedua-duanya, jenama dan pekerja syarikat".



Presiden BCIU, Encik Peter Tichansky, berkata: "Goh Choon Phong, sebagaimana ciri Penerima Eisenhower BCIU lalu, seorang pemimpin teladan yang mengubah industrinya melalui keberanian keyakinannya".



Berhadapan dengan ancaman semakin meningkat daripada syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dalam perniagaan premium, dan syarikat penerbangan tambang murah di angkasa serantau, SIA melancarkan syarikat penerbangan jarak pertengahan dan jauh bajet, Scoot, yang mula terbang pada 2012.



Sepanjang tempoh enam tahun Encik Goh, SIA juga mencapai perkongsian dengan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, seperti Lufthansa, dan memperluas jangkauan global dan rangkaiannya.



Ia juga mempunyai pegangan 49 peratus dalam Vistara, yang berpusat di New Delhi, yang melancarkan penerbangan pertamanya pada Januari 2015.



Penerima BCIU termasuk legenda bola sepak Pelé, Encik Ratan Tata daripada Tata Trust dari India, dan pengerusi/CEO General Electric, Encik Jeffrey Immelt.



Menerima penghormatan itu bagi pihak 25,000 pekerja SIA di seluruh dunia, Encik Goh berkata: "Anugerah ini benar-benar lebih daripada setakat bagi seorang individu ... ketekunan kakitangan kami, digabungkan dengan semangat bersama dan keinginan berterusan meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan kami, menjadikan ini satu anugerah untuk semua pekerja kami, dan bukan hanya untuk saya."



Industri penerbangan "amat mencabar" tetapi SIA tidak pernah takut persaingan, kata beliau.



"Kami tidak mempunyai hak untuk wujud, dan mesti sentiasa memastikan kami memberi orang alasan baik untuk terbang bersama kami," kata Encik Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >