Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ringgit, saham Asia dan harga minyak naik lepas Opec akur kurangi pengeluaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ringgit, saham Asia dan harga minyak naik lepas Opec akur kurangi pengeluaran

Sep 29, 2016 | 11:03 AM



WELLINGTON: Saham Asia naik, dengan ringgit Malaysia dan harga minyak meningkat ke paras tertinggi dalam tiga minggu, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) mencapai persetujuan awal yang akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah buat kali pertama dalam lapan tahun.



Saham tenaga mendahului kenaikan di Indeks Asia Pasifik MSCI sedang penanda aras naik di seluruh pasaran serantau apabila dagangan dibuka, lapor Bloomberg.



Ringgit naik paling tinggi dalam tujuh minggu hasil prospek cerah bagi Malaysia, dan yen lemah buat hari ketiga.



Harga mnyak mentah Amerika Syarikat naik melebihi AS$47 setong selepas melompat 5.3 peratus pada Rabu (28 Sep), sekali gus mendorong kenaikan dalam saham tenaga Amerika dan mata wang berkaitan komoditi.



Pasaran terkejut dengan laporan awal mengenai perjanjian pengeluaran minyak, sedang pedagang minyak menjangka Opec meneruskan dasar pengeluaran sesuka hati yang diterima pakai pada 2014.



Opec bersetuju mengurangkan pengeluaran ke paras 32.5 juta hingga 33 juta tong sehari berikutan mesyuarat tidak rasmi di Algiers.



Kebanyakan butiran masih diusahakan dan kumpulan itu tidak akan membuat keputusan mengenai sasaran bagi setiap negara anggota sehingga perhimpunan akan datang pada akhir November.



Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika, mengetuai keuntungan dalam kalangan mata wang negara pengeksport minyak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >