Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Senario selepas rang undang-undang TikTok dilulus di AS

Apr 25, 2024 | 05:39 PM



WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat pada 23 April meluluskan satu rang undang-undang (RUU) yang memberi pemilik TikTok dari China, ByteDance, tempoh sembilan bulan untuk menjual aset media sosialnya itu di Amerika, atau dikenakan pengharaman di seluruh negara itu.


Pada 24 April, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menandatangani rang tersebut, sekali gus menjadikannya satu undang-undang baru.

Berikut adalah apa yang mungkin berlaku seterusnya bagi aplikasi video pendek TikTok di Amerika.

Tempoh 270 hari berkuat kuasa

Memandangkan rang tersebut sudah menjadi undang-undang di Amerika, tempoh 270 hari atau sembilan bulan yang diberikan kepada ByteDance untuk melepaskan atau menjual aset TikTok kini berkuat kuasa.

Pada akhir tempoh sembilan bulan itu, Encik Biden boleh melanjutkan tarikh akhir penjualan aset TikTok selama tiga bulan lagi jika beliau mendapati ByteDance membuat kemajuan ke arah itu.

Dokumen yang ditandatangani Encik Biden menetapkan 19 Januari 2025 sebagai tarikh akhir penjualan aset TikTok, iaitu sehari sebelum tarikh akhir beliau memegang jawatan Presiden.

Ini bermakna keputusan melanjutkan tarikh akhir itu boleh dibuat oleh Encik Biden, anggota Demokrat, yang mahu bertanding bagi penggal kedua dalam kempen pilihan raya Presiden, ataupun oleh mantan presiden, Encik Donald Trump, anggota Republikan, yang kini mendahului kempen pilihan raya partinya itu.

TikTok ambil tindakan saman

Memandangkan rang tersebut kini menjadi undang-undang, TikTok dijangka menyaman pemerintah Amerika untuk menyekat pelaksanaannya.

Peguam TikTok dijangka meminta mahkamah mengeluarkan injunksi atau arahan larangan sementara untuk menghalang pelaksanaan undang-undang itu.

TikTok mahukan arahan yang menghalang penguatkuasaan undang-undang itu, sementara ia mencabar kesahihannya dari segi perlembagaan.

TikTok pernah mengambil tindakan undang-undang serupa pada 2023 untuk membatalkan larangan ke atas aplikasi itu di negeri Montana di Amerika.

Dalam kes tersebut, ia berjaya meminta mahkamah mengeluarkan arahan larangan sementara itu.

Justeru, syarikat tersebut dan pengguna TikTok dijangka mengambil tindakan undang-undang secara berasingan untuk menyekat undang-undang baru itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >