SYARIKAT-SYARIKAT Melayu/Islam berkaitan logistik terus memanfaatkan permintaan logistik yang diperlukan di dunia terutama di Asia seperti Indonesia dan Malaysia setelah sempadan dibuka selepas Covid- 19.
Pengukuhan dolar Singapura berbanding mata wang serantau juga mendorong lebih banyak syarikat dari Malaysia dan Indonesia menjual produk mereka di Singapura, lantas meningkatkan keperluan bagi khidmat logistik.