DANA kekayaan negara, GIC berkata ia masih melihat lebih banyak pertumbuhan dalam sektor teknologi kewangan, walaupun selepas kemerosotan yang menyebabkan kadar taksiran perniagaan start-up atau pemula, merosot apabila pelabur berpaling daripada pelaburan berisiko.
Ketua kumpulan pelaburan teknologi GIC, Encik Chris Emanuel, berkata dana itu teruja dengan inovasi dalam pengedaran produk kewangan yang membuka peluang untuk diluaskan ke seluruh dunia.