LANGKAH syarikat media sosial, Meta, untuk memberhentikan 11,000 pekerjanya di dunia, turut menjejas Singapura.
Sekurang-kurangnya 10 pekerja terjejas di Singapura berdasarkan laman pos LinkedIn dan sumber The Straits Times.
Difahamkan mereka yang terjejas di Singapura mula mengetahui mengenai pemberhentian kerja itu melalui e-mel.
Mereka yang terjejas melibatkan beberapa jabatan termasuk pengurusan produk dan jabatan permainan ‘gaming’.
Ibu pejabat Meta di Asia Pasifik terletak di pusat kewangan Marina Bay di Singapura.
Syarikat, yang sebelum ini dikenali sebagai Facebook, berpangkalan di California, Amerika Syarikat, dan diasaskan Encik Mark Zuckerberg.
Meta juga memiliki wadah media sosial, Instagram dan WhatsApp.
Pada Rabu (9 Nov), Meta mengumumkan ia akan memberhentikan 13 peratus daripada tenaga kerjanya atau lebih 11,000 pekerja.