Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pertumbuhan ekonomi S'pura dijangka kekal perlahan tahun depan

Inflasi tinggi, sekitaran tidak menentu akan jejas sentimen pengguna: MAS
Oct 28, 2022 | 05:30 AM



PERTUMBUHAN ekonomi Singapura diramalkan terus perlahan tahun hadapan, sedang inflasi dijangka kekal tinggi, sebahagiannya akibat peningkatan gaji yang diramalkan berterusan.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata walaupun pertumbuhan ekonomi akan disokong pengembangan dalam sektor berorientasikan domestik dan berkaitan pelancongan, kadar perbelanjaan dijangka lebih sederhana akibat inflasi yang tinggi dan persekitaran ekonomi yang tidak menentu yang akan mempengaruhi sentimen pengguna.



Membuat ramalan itu dalam laporan Semakan Makroekonominya yang dikeluarkan semalam, MAS turut menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi Singapura diramalkan semakin lembap apabila permintaan domestik yang terpendam daripada pembukaan semula ekonomi dan permintaan luar untuk eksport elektronik utama Singapura semakin pudar.



Walaupun laporan itu menunjukkan bahawa Singapura tidak menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi, ia memberi amaran bahawa ia bergantung pada trajektori ekonomi maju seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).



Kemelesetan yang mendalam dan berpanjangan dalam ekonomi negara-negara itu masih merupakan satu kemungkinan dan akan memberi kesan kepada ekonomi Asia seperti Singapura.



Buat masa ini, MAS meramalkan Amerika akan mengelakkan kemelesetan selama setahun, di mana pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) di Singapura berkemungkinan mencecah 3-4 peratus bagi tahun ini secara keseluruhan.



Penganalisis meramalkan ia akan ke tahap sederhana tahun hadapan pada kira-kira 3 peratus.



Sementara itu, permintaan luaran yang semakin lemah telah membawa kitaran elektronik global ke ambang kemerosotan.



Sektor elektronik mewakili sebahagian besar sektor perkilangan Singapura yang didorong oleh eksport.



Menurut MAS, permintaan pengguna bagi peranti elektronik dari China dan Amerika telah merosot, memberikan kesan buruk kepada eksport elektronik Singapura sejak beberapa bulan kebelakangan ini.



Selain permintaan yang berkurangan, industri semikonduktor domestik juga sedang bergelut dengan kos tenaga yang melambung tinggi.



Momentum pemulihan dalam sektor berkaitan pelancongan dan sektor yang berhadapan dengan pengguna akan berkurangan apabila permintaan yang terpendam daripada pembukaan semula ekonomi berkurangan.



Firma perundingan Gartner telah menurunkan ramalan tahun ini bagi jualan cip global kepada 7.4 peratus daripada ramalan sebelumnya sebanyak 13.6 peratus.



Pada tahun hadapan, industri itu dijangka mengalami kemerosotan, dengan pendapatan kini diramalkan merosot sebanyak 2.5 peratus, berbanding pertumbuhan positif sebelum ini.



Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) juga menjangkakan pertumbuhan bagi jumlah dagangan barangan dunia akan berkurangan kepada hanya 1 peratus tahun hadapan, daripada 3.5 peratus tahun ini.



"Aliran dagangan global dan serantau yang lembap akan menjejas teruk kegiatan dalam sektor pengilangan, pemborongan, pengangkutan air dan penyimpanan di Singapura, walaupun bekalan global kian berkurang," kata MAS.



Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor elektronik bagi Singapura juga turun ke paras 49.4 pada September.



Ini adalah penurunan buat bulan kedua berturut-turut, menyusuli tempahan baru dan eksport yang berkurang.



MAS berkata permintaan luaran yang perlahan, ekoran inflasi sejagat yang meningkat dan keadaan kewangan lebih ketat ekoran kenaikan kadar faedah oleh bank-bank pusat, telah menjejas prospek pertumbuhan sektor kewangan.



Sementara itu, pertumbuhan dalam industri insurans juga boleh mengalami tekanan.



Ekonomi yang perlahan akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan pekerjaan, tetapi jangkaan inflasi yang tinggi akan mengekalkan pertumbuhan gaji warga di atas kadar pra-Covid.



"Pertumbuhan gaji diramalkan kekal di atas purata tahun hadapan dan akan mendorong kadar peningkatan dalam kos buruh khususnya bagi firma perkhidmatan, walaupun ia perlahan berbanding tahun ini," kata MAS lagi.




Laporan lanjut: Inflasi diramal terus tinggi hingga separuh pertama tahun depan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >