Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rangkaian penyejukan bawah tanah di daerah Marina Bay diperluas

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



RANGKAIAN penyejukan bawah tanah di daerah Marina Bay - yang terbesar di dunia - sedang diperluaskan, dengan lima pembangunan masa depan akan dihubungkan pada rangkaian itu, lantas membawa penyejukan mampan lebih lanjut ke pusat bandar.



NS Square dan menara keempat di Marina Bay Sands (MBS) adalah antara pembangunan baru yang akan dihubungkan pada rangkaian penyejukan daerah itu, yang akan merangkumi 28 bangunan secara keseluruhan, kata SP Group semalam.



NS Square, yang bakal dibangunkan, akan menggantikan platform terapung Marina Bay, dan dijangka siap menjelang 2026; manakala pengembangan resort bersepadu MBS, yang termasuk menara keempat itu, dilaporkan mengikut jadual bagi pembangunannya selesai dibina dalam tahun yang sama.



Tiga bangunan lain yang akan dihubungkan pada rangkaian itu ialah: 8 Shenton Way, juga dikenali sebagai AXA Tower lama; komponen komersial 80 Anson Road, juga dikenali sebagai Fuji Xerox Towers lama; dan IOI Central Boulevard Towers.



Rangkaian penyejukan daerah membekalkan keperluan penyejukan bangunan menggunakan loji pendingin berpusat, yang menghapuskan keperluan bagi anggota rangkaian membeli loji mereka sendiri.



Dengan berkongsi beban penyejukan dan memanfaatkan penggunaan tenaga dalam cara paling berkesan, anggota rangkaian itu dapat mengurangkan pelepasan karbon dan menjimatkan kos.



Pengembangan masa depan itu dilakukan sedang Singapura berusaha merendahkan pelepasan karbon kepada sifar bersih menjelang atau sekitar 2050, menurut satu laporan baru-baru ini yang ditugaskan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), yang mengenal pasti penyejukan daerah sebagai kaedah mengurangkan penggunaan elektrik.



Rangkaian SP Group itu dijangka membantu daerah Marina Bay mengurangkan pelepasan karbon hampir 20,000 tan setahun, yang sama dengan mengeluarkan 17,700 kereta daripada jalan raya sementara menyediakan tahap keselesaan penyejukan yang sama.



Lebih 2 kilometer paip bertebat bawah tanah akan ditambahkan kepada rangkaian itu untuk membekalkan air sejuk kepada rakan baru menjelang awal 2025, kata SP Group kepada media dalam satu taklimat minggu lalu.



Mula beroperasi pada 2006, rangkaian penyejukan daerah Marina Bay mula ditubuhkan dengan satu loji pendingin di One Raffles Quay sebelum berkembang ke satu lagi di MBS, yang terletak sekitar 25 meter bawah permukaan, dan loji satelit lebih kecil di One Marina Boulevard.



Tanpa adanya keperluan melabur dalam pendingin sendiri, pemilik bangunan dijangka menjimatkan kos peralatan, operasi dan penyenggaraan, sekali gus mengurangkan kos pemilikan keseluruhan sehingga 15 peratus, kata SP Group.



Semalam, pemilik lima bangunan masa depan itu mengesahkan komitmen mereka untuk menyertai rangkaian itu.



Encik Chia Ngiang Hong, pengurus besar kumpulan City Developments Limited (CDL) yang akan mengendalikan bangunan komersial di 80 Anson Road, berkata:



"Kerjasama ini mengesahkan sokongan kami terhadap tindakan iklim sejagat dan komitmen mencapai pelepasan karbon operasi sifar bersih menjelang 2030 bagi semua aset dan pembangunan milik penuh kami di bawah kawalan operasi dan pengurusan langsung."



Selain bangunan tersebut, SP Group mempunyai cita-cita untuk meluaskan rangkaian itu ke kawsan pusat bandar (CBD).



Buat masa ini, ia mahu memasang tangki simpanan haba untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan tenaga rangkaian itu, yang membolehkan lebih ramai lagi menyertai rangkaian itu.



SP Group juga sedang mengkaji kebolehlaksanaan M Hotel Singapore, sebuah hotel di bawah kumpulan CDL, menjadi pembangunan hotel brownfield - iaitu bangunan yang berada atas tapak yang sudah pun dibangunkan - pertama untuk menggabungkan penyejukan daerah dalam operasinya.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) SP Group, Encik Stanley Huang, berkata:



"Dengan adanya prasarana yang diperluaskan, kami berbesar hati melanjutkan huraian yang boleh dipercayai dan mampan yang sama ke bangunan lain di daerah kewangan teras Singapura, dan mengalu-alukan lebih ramai rakan menyertai rangkaian ini.



"Bersama, kami boleh mempercepatkan pembangunan bangunan dan bandar lebih hijau untuk mencapai sasaran kemampanan cita-cita tinggi Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >