Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Scoot terima 9 pesawat Embraer baru

Apr 12, 2024 | 05:25 PM



Sekitar 14 bulan selepas Scoot menandatangani satu perjanjian untuk menambah pesawat Embraer kepada kumpulan pesawatnya, sebanyak sembilan pesawat E190-E2 yang pertama telah diserahkan kepada syarikat penerbangan tambang murah Singapura itu.

Penyerahan pesawat baru itu dibuat sebelum ia dijangka membuat penerbangan pertama ke Krabi di Thailand pada 7 Mei ini.

Ini adalah kali pertama pesawat dari syarikat pengeluar Brazil itu diperkenalkan sebagai tambahan kepada armada pesawat syarikat penerbangan Singapura itu.

Satu majlis penyerahan pesawat diadakan pada 11 April di ibu pejabat Embraer di bandar Sao Jose dos Campos, yang terletak sekitar satu jam perjalanan darat dari Sao Paulo, lapor The Straits Times (ST).


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Scoot, Encik Leslie Thng, dan beberapa lagi eksekutif kanan Scoot berada di Brazil pada awal minggu ini untuk melihat pesawat tersebut, yang dihiasi warna kuning dan putih Scoot.

“Kami semua sangat teruja ia akhirnya siap,” kata Encik Thng kepada wartawan selepas memeriksa pesawat tersebut, yang mempunyai konfigurasi kelas ekonomi sepenuhnya.

“Ia adalah hasil kerja keras sepanjang 14 bulan lalu, dari segi merancang spesifikasi pesawat supaya ia memenuhi misi secara keseluruhan,” tambahnya.

Pesawat E190-E2 yang mempunyai 112 tempat duduk itu, akan menjadi pesawat komersial terkecil yang berpangkalan di Lapangan Terbang Changi.

Antara ciri unik pesawat tersebut, yang boleh melariskan penjualan tiketnya, ialah ketiadaan tempat duduk tengah.

“Susun atur dua tempat duduk (di kedua-dua sisi kiri dan kanan) dalam pesawat berbeza daripada apa yang kami sediakan di pesawat Airbus dan Boeing sekarang.

“Saya rasa ia akan disambut baik oleh semua penumpang kami,” ujar Encik Thng.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Scoot, Encik Ng Chee Keong berkata syarikat penerbangan itu mencipta sejarah dengan perkhidmatan pesawat baru itu.

“Biasanya, (kita) tidak pernah mendengar sesebuah pesawat mula beroperasi dalam tempoh yang begitu singkat,” katanya.

Pesawat E190-E2 pertama Scoot, yang dinamakan Explorer 3.0, dijadual meninggalkan Sao Jose dos Campos pada 12 April dan mendarat di Singapura pada 15 April.

Ia kemudian akan jalani pusingan akhir kelulusan sebelum memulakan khidmat komersial.

Sebagai permulaan, Scoot akan menerbangkan pesawat Embraer ke enam destinasi di Asia Tenggara.

Dua daripadanya, Koh Samui di Thailand dan Sibu di Malaysia, adalah laluan baru bagi Scoot.

Saiz pesawat Embraer yang lebih kecil membolehkan Scoot menawarkan perkhidmatan ke kededua destinasi itu.

Ini kerana lapangan terbang Koh Samui mempunyai sekatan terhadap saiz pesawat yang boleh beroperasi di sana.

Sibu pula adalah destinasi kurang popular yang boleh menjejas keuntungan atau daya maju kewangan bagi pesawat lebih besar yang menawarkan khidmat ke destinasi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >