KEPRIHATINAN terhadap butiran sejarah silam yang kian terhakis daripada ingatan generasi masa kini mendorong seniman muda Encik Fyerool Darma, berhijrah daripada bidang lukisan kepada ukiran arca pula.
Beliau mengetengahkan karya seni yang seakan-akan menyampaikan satu perbualan antara dua tokoh penting dalam sejarah Singapura - Sir Stamford Raffles dan Sultan Mua'zzam Shah - di Muzium Seni Singapura.