Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bella, Adira popularkan lagu Ernie hingga ke Indonesia

Versi saduran ‘Masing-Masing’
bantu lagu itu ungguli carta radio Indonesia
Apr 30, 2024 | 09:21 PM



Penyanyi Ernie Zakri, 32 tahun, mengakui rakaman duet Bella Astillah dan Adira Suhaimi menerusi lagu, Masing-Masing, membantu melonjakkan populariti lagu itu hingga ke negara seberang.


Ernie berkata nyanyian versi saduran itu bagaikan menggandakan promosi lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

“Jujurnya, lagu Masing-Masing ini semakin popular apabila Bella dan Adira tampil dengan versi saduran sangat membantu.


“Saya bersyukur sebab lagu Masing-Masing mampu memberikan kekuatan kepada wanita yang berasa diri mereka dilukai, alhamdulillah mesej lagu ini diguna baik,” katanya kepada BH Online.


Beliau berkata demikian ketika menerima pengiktirafan istimewa daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas cemerlang di peringkat antarabangsa menerusi lagu duet, Masing-Masing.


Ernie menerima pengiktirafan itu di Majlis Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024 (Srim) baru-baru ini.

Pengiktirafan itu selepas lagu, Masing-Masing, berjaya mengungguli carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia.


Ernie berkata beliau berterima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana menjadi ‘orang tengah’ yang merealisasikan kerjasama bersama Ade Govinda sehingga mampu menaikkan namanya di Indonesia.

“Alhamdulillah, projek ini sangat istimewa. Bila buat projek membabitkan pengkarya luar negara, saya dan Universal Music Malaysia cuba rancang yang terbaik.

“Maksudnya, selagi lagu dapat memberi perhatian kepada pendengar, kami cuba sehabisnya mempromosikan lagu ini sebaik mungkin.

“Akhirnya kerja keras kami menampakkan hasil. Bagaimanapun, saya tidaklah mengatakan lagu, Masing-Masing, sangat berjaya, tapi ia adalah kejayaan yang perlu disyukuri.


“Untuk berada dalam carta radio di Indonesia bukannya mudah. Hanya beberapa kali ke sana barulah mereka sedar kehadiran saya secara perlahan-lahan,” katanya.

Bagaimanapun, Ernie mengakui dirinya masih ‘kerdil’ dan banyak yang perlu diusahakan untuk melebarkan sayapnya di negara seberang.

“Saya tak anggap apa yang saya lakukan sudah berjaya. Tapi, ia langkah awal untuk saya mengembangkan bakat di Indonesia.

“Semoga usaha ini memberi peluang dan ruang untuk penyanyi di Malaysia melebarkan sayap di luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie berkata beliau bersama Universal Music Malaysia juga mempunyai perancangan merakamkan lagu dan berkolaborasi dengan penyanyi wanita di Indonesia.

“Sebenarnya, ada beberapa perancangan dibuat termasuk mencari lagu dan bekerjasama dengan komposer Indonesia. Ada beberapa pertemuan sudah dilakukan.

“Bagi saya, semua ini mungkin ambil masa. Umur saya sudah 32 tahun, jadi saya perlu cepat.

“Saya ada perancangan berduet, tapi saya tak mahu sebut nama, bimbang tak jadi. Ada beberapa penyanyi wanita Indonesia yang turut berminat untuk berkolaborasi,” katanya.

Mengulas tentang impiannya, Ernie menyimpan hasrat berduet dengan Raisa, Isyana Sarasvati, Tiara Andini, Mahalini, Afgan, Judika dan ramai lagi.

Menurut Ernie, lebih istimewa ada sekumpulan peminat di Indonesia sudah menubuhkan kelab peminat iaitu Ernienators Indonesia sejak dua bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >