Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gergasi elektronik Sharp teroka industri kosmetik

Jan 17, 2024 | 05:30 AM



Pengeluar barangan elektronik Jepun jenama Sharp telah memasuki perniagaan kosmetik dengan pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit, Crystaliq.

Crystaliq – gabungan kristal dan cecair – mula dihasilkan selaras dengan pengeluaran pelitup semasa pandemik Covid-19 yang dipasarkan pada Mac 2020.

Barisan awal Crystaliq terdiri daripada tiga produk, iaitu krim pelembap berubat, losyen pelembap berubat dan emulsi pelembap berubat, menurut satu siaran akhbar Sharp pada awal Januari.

Rangkaian ini mengandungi bahan aktif penahan air (heparinoid) dan bahan aktif antiradang (dipotassium glycyrrhizinate) untuk mencegah kulit kering, kulit kasar dan jerawat yang dikaitkan dengan penggunaan pelitup setiap hari. Ia dihasilkan di kilang rakan kongsi domestik.

Pada musim panas, Sharp akan mengembangkan rangkaian produk penjagaan kulitnya. Pada 2025, ia merancang memperkenalkan barangan penjagaan kulit selanjutnya dan melancarkan produk penjagaan rambut dengan kerjasama pendandan rambut dan peralatan kecantikan.

“Kami merancang membangunkan perniagaan penjagaan kulit yang mempunyai pertalian tinggi dengan topeng dan menyambungkannya kepada peralatan rumah,” katanya.


Siri Penjagaan Kulit Crystaliq kini boleh didapati di kedai dalam talian Sharp CocoroLife, Asian Beauty X dan Beaubit, dengan harga dari $38.90 hingga $69.90. Sebagai sebahagian daripada pelancaran kosmetik itu, Sharp telah melancarkan set 5-dalam-1 edisi terhad dengan pembungkusan kotak hadiah percuma yang dijual pada harga $259.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >