Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Inovasi bantu mutu hidup warga dalam negara bijak

May 09, 2024 | 05:30 AM



Singapura bandar paling pintar di Asia dan ketujuh paling bijak di dunia, berdasarkan Indeks Bandar Bijak 2023.

Indeks yang diterbitkan oleh sekolah perniagaan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), di Switzerland, menyenaraikan 141 bandar mengikut cara ia menggunakan teknologi untuk menangani cabaran yang dihadapi demi mencapai mutu hidup yang lebih tinggi.

Sememangnya, Singapura secara konsisten menduduki 10 tempat teratas dalam indeks itu sejak 2019 lapor laman GovTech.

Pengiktirafan itu diperoleh daripada usaha gigih semua aspek pemerintah dan kerjasama erat dengan sektor swasta.

Antara tonggak Negara Bijak ialah sebuah Masyarakat Digital yang memperkasakan semua warga dengan peluang yang saksama untuk berjaya.

Ini dilakukan dengan menjadikan teknologi lebih mudah diakses oleh setiap warga Singapura, meningkatkan celik digital rakyat dan membantu masyarakat dan perniagaan memacu penggunaan teknologi yang meluas serta mereka bentuk perkhidmatan digital secara terangkum.

Tonggak kedua merangkumi Ekonomi Digital yang memanfaatkan teknologi terkini untuk mendigitalkan proses dan memacu pertumbuhan perniagaan.

Ini menarik pelaburan asing yang seterusnya mewujudkan pekerjaan dan peluang baru bagi mereka di Singapura.

Tonggak ketiga menampilkan Pemerintah Digital dengan matlamat mempermudah dan mempercepat urusan warga dengan pemerintah.

Antaranya ialah dengan mereka bentuk dasar dan perkhidmatan terangkum, lancar dan diperibadikan untuk semua.

Sedang Singapura terus berusaha mereka bentuk Negara Bijak, hasilnya sudah mula dilihat sekarang.

Berikut antara contoh inovasi Negara Bijak.

Daerah Digital Punggol

Dijadual dilancarkan secara progresif mulai 2024, Daerah Digital Punggol akan menerapkan teknologi ke dalam cara warga hidup, bekerja dan bermain dalam kawasan sebesar 50 hektar.

Sebagai permulaan, teknologi pengecaman muka akan digunakan untuk segala-galanya daripada akses tempat kerja kepada membuka kunci basikal di kios basikal kepada membuat pembayaran

Kampus Institut Teknologi Singapura yang baru juga akan terletak di Punggol, menampilkan bangunan terhubung sepenuhnya yang dikuasakan oleh Internet Benda (IoT) dan disambungkan kepada Grid Tenaga Bijak.

Grid itu boleh mengurangkan pelepasan karbon yang setanding dengan usaha mengeluarkan 2,000 kenderaan dari jalan raya.

Ia juga membolehkan penggunaan sumber tenaga bersih untuk kegunaan harian seperti mengecas kenderaan elektrik.

Ciri lain termasuk teknologi pengecaman plat kereta supaya tempat letak kereta boleh ditempah melalui aplikasi dan tiang lampu pintar yang menyala apabila mengesan kehadiran orang ramai dan malap apabila ia tidak diperlukan.

Sebuah Platform Digital Terbuka akan menyepadukan pengurusan pelbagai bangunan dalam sistem estet tunggal, serta memusatkan pengumpulan data sistem ini.

Pembangun khidmat juga boleh menggunakan platform dan mengakses data untuk mencipta huraian berasaskan masyarakat.

Sistem Penyejukan Daerah pula memusatkan keperluan penyejukan membolehkan penduduk memanfaatkan penjimatan ruang dan kos sekali gus pengurangan jejak karbon daerah.

Pengumpulan Sisa Pneumatik, dengan adanya rangkaian paip vakum bawah tanah seluruh daerah, akan menghapuskan keperluan untuk trak pemungut sisa dan menghapuskan bau dari saluran sampah.

Kit Penjagaan Warga Emas

Sedang jumlah warga emas di negara ini terus meningkat, begitu juga cabaran menawarkan khidmat penjagaan bagi warga emas.

Selaras dengan keperluan tersebut, Kit Penjagaan Sensei sedang dibangunkan untuk menangani isu itu.

Kit itu diharap dapat meningkatkan produktiviti penjaga dalam memantau kesihatan warga emas. Ia antara lain boleh mengumpul data kesihatan, termasuk tekanan darah dan berat badan.

Data ini membolehkan penjaga memantau kesihatan warga emas dari jauh, memudahkan pengesanan awal mereka yang memerlukan perhatian. 

Dengan penekanan untuk menggalakkan pemantauan kendiri. Maklum balas data segera membolehkan penilaian kesihatan yang lebih kerap, memperkasakan warga emas untuk membuat keputusan termaklum tentang kesejahteraan mereka.

Butang Amaran Peribadi (PAB)

Satu lagi inovasi yang memainkan peranan penting menjaga kesejahteraan penduduk Singapura yang semakin tua ialah Butang Amaran Peribadi (PAB).

Peranti wayarles – kotak ringkas dengan butang – boleh diletakkan di mana-mana sahaja di rumah warga emas.

Apabila ia ditekan, peranti akan menghantar isyarat kecemasan kepada Pusat Kegiatan Kanan (SAC) atau Care Line, khidmat jagaan dari jauh sepanjang 24 jam yang disediakan oleh Hospital Besar Changi.

Teknologi 4G PAB membolehkan komunikasi dengan warga emas yang menghadapi masalah. Warga yang memerlukan bantuan juga boleh membuat rakaman selama 10 saat untuk menjelaskan keadaan.

Dari 2020 hingga 2023, kira-kira 800 warga emas menerima bantuan perubatan kecemasan melalui sistem amaran.

Sehingga pertengahan 2023, PAB telah dipasang di kira-kira 8,600 unit di 52 blok sewa, yang memberi manfaat kepada 10,000 warga emas. 

Sistem ini akan diperluaskan kepada semua warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tinggal di perumahan sewa awam, membantu kira-kira 27,000 lagi warga emas yang tinggal di kira-kira 170 blok sewa.

Tujuan asas Negara Bijak adalah menggunakan teknologi untuk meningkatkan kehidupan seharian rakyat Singapura.

Inovasi yang ditampilkan memberi manfaat kepada pelbagai penduduk, sama ada, warga emas yang ingin kekal aktif dan hidup berdikari, peminat kecergasan yang ingin meningkatkan latihan fizikal mereka ke peringkat seterusnya, atau pekerja dan pelajar yang ingin bekerja dan belajar dalam kelas dunia persekitaran teknologi.

Bandar bijak seharusnya memberi manfaat kepada semua orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >