Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan siri televisyen baru mereka yang bakal ditayangkan di kaca televisyen.
Kali ini, program yang dihasilkan ialah siri realiti yang membawa bersama keluarga berbilang generasi untuk berkongsi resipi turun-temurun.