Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon, pempengaruh sosial Syazlin Zainal maut setelah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri

Nov 11, 2022 | 04:36 PM



HASIL siasatan pihak polis mengesahkan kematian pelakon sambilan Syazlin Zainal, 26 tahun, adalah kerana jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.



"Pada 10 November 2022, lebih kurang jam 12.50 tengah hari, pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan menemui mayat seorang wanita di bahagian bawah sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, Johor Bahru.



"Hasil siasatan polis mendapati si mati merupakan wanita warga tempatan berusia 26 tahun, bekerja sebagai pelakon sambilan.



"Sebab kematian adalah akibat jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru," kata kenyataan itu yang ditandatangani Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat.



Bagaimanapun, menurut kenyataan berkenaan, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).



Bagaimanapun, ACP Raub memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.



Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, dekat sini.



Berita pemergian Syazlin mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat. Dalam pada itu, akaun Instagram kelab peminat arwah memaklumkan akan memadam akaun itu.



Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan beberapa drama lain.



Allahyarham merupakan anak bongsu dalam lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.



Hasratnya menyambut ulang tahun kelahiran ke 26 tahun Isnin ini lagi tidak kesampaian.



Seorang rakan Allahyarhamha dalam perkongsian di Instagram Story berkata, beliau berulang kali membaca mesej peribadi yang juga perbualan terakhir mereka.



"Saya yang terkilan apabila membacanya. Arwah ingin menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya tahun ini kerana tahun lalu tidak berkesempatan. Lagi empat hari sayang," tulisnya berserta paparan mesej peribadi yang dimuat naik.



Dalam pada itu, rata-rata rakan Allahyarham turut memohon orang ramai untuk menghentikan spekulasi punca kematiannya.



Kata mereka, biarlah ahli keluarga yang berkongsi mengenai punca kematian arwah apabila tiba waktu yang sesuai.  - ASTRO AWANI/BERITA HARIAN MALAYSIA/HARIAN METRO



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >