Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pesta Raya di Esplanade, nikmati bunga tulip sempena Hari Ibu

May 09, 2024 | 11:28 AM



Pesta Raya – Festival
Seni Melayu 2024

Raikan kepelbagaian ikon masyarakat Melayu menerusi persembahan teater, tarian dan muzik Nusantara di acara tahunan, Pesta Raya – Festival Seni Melayu 2024 anjuran Esplanade-Teater di Persisiran dari 9 hingga 12 Mei ini. Pelbagai program percuma tersedia untuk penonton.

Antaranya, saksikan dua kumpulan dikir barat terkemuka di Singapura, Kelana Purba dan Makyong Kedek, yang akan menyampaikan gaya unik mereka dalam santapan visual dan muzik menerusi persembahan ‘Sanggar Seni’ dari 9 hingga 12 Mei di Esplanade Courtyard.

Kumpulan tarian setempat, DIAN Dancers, pula akan menyampaikan persembahan tarian, ‘Dinamika!’, yang menggabungkan muzik siaran langsung di bawah arahan Lenny Karmila, memaparkan unsur seni kesusasteraan Melayu seperti syair, pantun, dan lagu-lagu tradisional.

Ada juga acara bercerita, ‘Tales from the Nusantara: The Legend of Hang Tuah and the White Crocodile’, yang disampaikan Taman Warisan Melayu dan tukang cerita, Hafiz Rashid pada 10 dan 11 Mei, 11.45 pagi, 1.15 petang dan 3 petang; dan 12 Mei, 11.45 pagi, 1.15 petang, 3 petang dan 4 petang di PIP’s Playbox.


Pelbagai persembahan percuma lain turut disediakan. Layari laman web, esplanade.com untuk maklumat lanjut.

Tarikh: 9 hingga 12 Mei


Tempat: Esplanade-Teater di Persisiran


Ada acara percuma dan yang perlu dibayar.

Kembara Warisan
Kampung Melayu

Terokai Pulau Ubin dengan keturunan orang pulau tersebut sempena Pesta Warisan Singapura (SHF).

Peserta akan dibawa menerokai kampung Melayu terakhir di kepulauan Singapura yang masih wujud, serta mendengar kisah mengenai sejarah, penduduk dan budaya kampung itu.

Daftar di laman web https://bh.sg/vgdF

Tarikh: Sabtu (11 dan 18 Mei) dan Ahad (12 dan 19 Mei)


Masa: 10 pagi hingga 1 petang


Tempat berjumpa: Terminal Feri Changi Point, 51 Lorong Bekukong


Bayaran: $25 setiap seorang


Lawatan ‘Dark Tours in Singapore’


Kawasan Changi dikenali sebagai tempat untuk ‘mencari yang ghaib’. Ikuti Eugene Tay daripada Supernatural Confessions dan pengacara bersama, Jonathan Lim, menerokai kawasan Changi yang sudah berubah landskap.

Pilih daripada dua acara – ‘Warisan dan Hantu: Kembara Twilight Changi’ dari 5 petang hingga 7 malam atau ‘Jalan bersama Hantu: Changi’ dari 8 malam hingga 10.30 malam.


Tarikh: 4, 5, 11, 12, 18, 19, 25 dan 26 Mei


Tempat berjmpa:
‘Warisan dan Hantu: Kembara Twilight Changi’ - Tang Tea House 57 Lor Bekukong, Singapura 499173
‘Jalan bersama Hantu: Changi’ - Terminal Feri Changi Point, 51 Lorong Bekukong, Singapura 499172

Bayaran: $68 setiap seorang (harga istimewa sempena SHF).


Diskaun 10 peratus setiap tiket bagi:
i) empat peserta ($244.80 untuk empat tiket)
ii) kededua acara ($122.40 untuk ‘Warisan dan Hantu: Kembara Twilight Changi’ dan ‘Jalan bersama Hantu: Changi)


Dapatkan maklumat lanjut di https://bh.sg/Lgz6


Pameran bunga tulip,
‘Tulipmania’

Nikmati suasana dikelilingi bunga tulip apabila anda mengunjungi pameran, ‘Tulipmania’, di Gardens by the Bay.

Acara Tulipmania kembali untuk edisi ke-10 pada 2024 dengan pameran bunga tulip dari Belanda yang mencerminkan acara ‘Tulipmania’ yang pertama pada 2013.

Pameran bunga tulip pada 2024 menggabungkan tradisi dan kemodenan.

Tarikh: 29 April hingga 26 Mei


Masa: 9 pagi hingga 9 malam


Tempat: Flower Dome, Gardens by the Bay


Bayaran: Flower Dome $12 (dewasa), $8 (warga emas, 60 tahun ke atas) dan $5 (kanak-kanak, 3 hingga 12 tahun)







Karnival Bola Sepak
StarHub

Bersedia untuk saksikan perlawanan bola sepak terbesar musim ini.

StarHub mempersembahkan Karnival Bola Sepak untuk Semua.

Sebagai penyiar eksklusif perlawanan bola sepak, Liga Perdana England, karnival itu menawarkan tayangan secara langsung bagi kesemua 10 perlawanan bola sepak pada hari terakhir musim ini.

Peserta turut berpeluang menemui pemain bola sepak paling berpengaruh, Luis Garcia (legenda Liverpool) dan Shaun Wright-Phillips (legenda Chelsea dan Manchester City) di acara ini.

Tarikh: 19 Mei


Masa: Pintu dibuka dari 7.30 malam disusuli dengan siaran perlawanan bola sepak secara langsung mulai 11 malam


Tempat: Marina Bay Sands, Tingkat 5 Sands Grand Ballroom


Masuk percuma. Orang ramai digalakkan untuk daftar awal di laman web, https://bh.sg/vXw5 

Bersenam di Wisma Geylang Serai


Sertai Wisma Geylang Serai (WGS) untuk sesi senaman percuma yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad sepanjang 2024. Keluarkan peluh sambil menikmati suasana kebudayaan.


Tarikh dan masa: Setiap Sabtu, 8.30 hingga 9.30 pagi dan Ahad, 9 hingga 10 pagi


Tempat: Wisma Geylang Serai


Masuk percuma


Sambutan Hari Ibu di Muzium Aiskrim







Belanja ibu kesayangan dengan sajian aiskrim eksklusif berharga $28, di Muzium Aiskrim Dessert Bar.


Hidangan aiskrim itu mempunyai tiga senduk aiskrim premium pilihan anda, enam hias atas yang manis dan sekeping wafel rangup. Layari laman web, https://www.museumoficecream.com/.


Tarikh: 9 hingga 12 Mei


Waktu: 10 pagi hingga 9 malam


Tempat: Muzium Aiskrim Dessert Bar


Masuk percuma




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >