Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti.
Tiada masa pun untuk menatap skrin telefon bimbit yang sarat dengan pesanan WhatsApp teman dan saudara-mara yang ingin datang berkunjung ke rumah kerana ingin memberi tumpuan pada jalan cerita filem tersebut yang penuh saspens dan aksi pembunuhan berdarah.