Pada pendengaran pertama, lagu Tak Perlu Memiliki nyanyian Lyodra amat serupa dengan balada cinta yang sering kedengaran di corong radio dan aplikasi penstriman.
Namun, apabila penulis cuba menyelongkar konteks di sebalik lagu itu, rupa-rupanya ia berlatarkan jalan cerita filem Ipar Adalah Maut tentang hubungan suami isteri, Aris dan Nisa, yang mula goyang dengan kehadiran adik si isteri, Rani, di rumah mereka.