Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bilangan pengguna di 2 pusat pemeriksaan darat Johor lebihi tahap sebelum Covid-19

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bilangan pengguna di 2 pusat pemeriksaan darat Johor lebihi tahap sebelum Covid-19

Mar 28, 2024 | 04:31 PM



JOHOR BAHRU: Jumlah pengguna harian yang melalui dua pusat pemeriksaan darat Johor dengan Singapura telah melebihi paras pra-Covid19, dedah Jabatan Imigresen Malaysia.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Encik Baharuddin Tahir, berkata purata pengguna harian di kedua-dua bangunan Sultan Iskandar dan pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin Kompleks Sultan Abu Bakar kini sekitar antara 430,000 hingga 450,000.

“Ini adalah peningkatan ketara daripada purata 400,000 pengguna harian sebelumnya yang dicatatkan sebelum Covid-19 beberapa tahun lalu,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat imigresen negeri Johor pada 27 Mac.

Beliau diminta mengulas pertemuan pada 26 Mac antara Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, serta pegawai tertinggi kerajaan negeri dan agensi persekutuan untuk membincangkan operasi di dua pusat pemeriksaan darat itu.

Encik Baharuddin, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan pegawai kanan kerajaan yang hadir, berkata Pemangku Sultan Johor prihatin dengan keadaan itu kerana dua pusat pemeriksaan darat itu disifatkan sebagai yang paling sibuk di dunia.

“Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk menghasilkan formula dan kaedah terbaik untuk menangani situasi lalu lintas di sana kerana pusat pemeriksaan Tambak dan Linkedua juga menyumbang kepada ekonomi negara,” kata Encik Baharuddin, lapor The Star.


Beliau berkata peningkatan pelancong juga dilihat semasa tempoh Tahun Baharu Cina yang lalu.

“Pada dua hari pertama musim perayaan itu pada tahun ini (2024), kira-kira 400,000 pengguna melalui dua pusat pemeriksaan berbanding 370,000 hingga 380,000 pengguna dalam tempoh sama tahun lalu (2023),” katanya.

Setiap hari, ratusan ribu orang berulang-alik merentasi sempadan melalui motosikal, bas dan kenderaan persendirian antaranya untuk bekerja di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >