Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bomba M’sia selamatkan kucing berpaut pada tiang bawah jambatan Pulau Pinang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kucing ditemui semasa pegawai menjalankan operasi mencari mangsa dipercayai terjatuh daripada jambatan

Bomba M’sia selamatkan kucing berpaut pada tiang bawah jambatan Pulau Pinang

Dec 26, 2023 | 05:18 PM



Sibuk jalankan tugas mencari mangsa yang terjatuh daripada jambatan ke dalam laut, terpandang pula seekor kucing sedaya upaya berenang untuk selamatkan diri.

Begitulah dikongsi seorang ahli bomba Malaysia berpangkat Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairul Nizam Abu Hassan (johnlabu306) dalam satu video di TikTok, yang menemui seekor kucing di bawah jambatan Pulau Pinang ketika menjalankan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa perempuan yang dipercayai terjatuh daripada jambatan itu ke dalam laut.

Mangsa tersebut, seorang remaja berusia 17 tahun, telah ditemui selamat pada 23 Disember, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan.

Dalam video yang meraih lebih 4.5 juta tontonan itu, sepasukan bomba kelihatan sedang menaiki bot untuk mencari mangsa tersebut apabila mereka ternampak seekor kucing berwarna hitam putih yang sedang berenang dekat salah satu landasan simen tiang jambatan itu.







Kucing itu kelihatan sedaya upaya cuba berpaut dan memanjat dinding simen landasan tiang jambatan itu.

Salah seorang ahli pasukan berkenaan kemudian mengeluarkan kucing itu daripada air dengan memegang lehernya dan meletakkannya ke dalam bot.

Dalam ruang komen, pemilik akaun itu berkata kucing tersebut ditemui selamat dan masih hidup dan telah diberi makanan kucing.

Dalam satu video berasingan dimuat naik pengguna yang sama pada 25 Disember, kucing tersebut kelihatan didukung dan merehatkan kepalanya di atas bahu pemilik akaun itu sementara dibelai pegawai bomba itu.

Menjawab pertanyaan salah seorang pengguna dalam video terdahulu yang meminta maklumat terkini berkenaan keadaan kucing tersebut, PBK II Khairul berkata:

“Kucing ni ada haa, baru lepas recovery (pemulihan).”




@johnlabu306

Replying to @Nadhirahhhhh Kucing nii ada haa.. bru lepas recovery.. #kucingviral #fyp #ppda #ppdabutterworth #bomba

♬ Enjoy Cats - Backing Track Music



Dalam kenyataannya pada 22 Disember, Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Butterworth berkata kejadian itu berlaku pada 21 Disember, 3.28 petang ketika para pegawai itu sedang menjalankan operasi bantuan kepada BBP Perai bagi operasi SAR untuk mencari seorang mangsa yang dipercayai terjatuh dari jambatan itu.

Pemilik akaun tersebut, PBK II Khairul dikenal pasti mengetuai satu pasukan Pegawai Bomba Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA), menurut BBP Butterworth dalam kenyataan itu di Facebook.

“Semasa awal pencarian tersebut mendapati ada seekor kucing sedang cuba untuk memanjat platform tiang jambatan Pulau Pinang,” kata BBP Butterworth.







“Anggota PPDA yang sedang membuat pencarian di kawasan tersebut terus menyelamatkan kucing berkenaan terlebih dahulu sebelum meneruskan pencarian mangsa jatuh laut.

“Kucing tersebut diberi rawatan dan dibawa pulang ke Jeti Pangkalan PPDA Merin Butterworth,” tambah kenyataan itu.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH) seorang jurucakap BBP Butterworth berkata kebetulan pegawai tersebut menemui kucing tersebut semasa menjalankan operasi SAR terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang terjatuh daripada jambatan itu pada 21 Disember.


Dalam kenyataannya pada 23 Disember, pihak JBPM Negeri Pulau Pinang telah menerima satu panggilan pada 21 Disember 2023, 11.23 pagi berkenaan kejadian itu.

Remaja tersebut kemudian ditemui di kawasan “Penang Port” dua hari kemudian dalam keadaan lemah dan disahkan masih hidup, kata JBPM.

Operasi tersebut melibatkan Pasukan Bomba daripada BBP Perai dan bantuan Unit Khas PPDA daripada BBP Butterworth.







Memberi keterangan kepada pengguna dalam ruang komen, PBK II Khairul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan seorang wanita dipercayai terjatuh daripada jambatan itu.

“Apabila kami tiba di sana, kami lihat seekor kucing yang sedang cuba memanjat tembok (platform tiang jambatan) itu,” katanya.

“Jadi kami selamatkan kucing itu dan meneruskan operasi,” tambahnya.

PBK II Khairul, dalam satu komen berasingan berkata beliau tidak tahu berapa lama kucing tersebut telah berenang dan kucing itu juga dalam keadaan letih.

Tonton video penuh kucing tersebut diselamatkan di sini:




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >