Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Budak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 12 kondo di JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Budak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 12 kondo di JB

Apr 26, 2024 | 01:20 PM



JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun maut dipercayai jatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di bandar Johor Bahru.


Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, berkata pihaknya menerima satu aduan berhubung kejadian pada 6.30 petang, 23 April.

Beliau berkata kanak-kanak malang tersebut dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya ketika mangsa sedang tidur.

“Wanita itu yang juga seorang suri rumah, keluar rumah kerana mahu mengambil anak sulung perempuan berusia 11 tahun yang tamat waktu persekolahan. Dia turut membawa anak bongsu perempuan berusia empat bulan.

“Sekembali ibunya yang berusia 32 tahun ke rumah mendapati kanak-kanak tersebut tiada di dalam rumah dan mangsa dijumpai di aras enam kondominium tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dipercayai membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding hingga terjatuh ke bawah.

“Pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.


Encik Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Menurut Encik Raub, wanita terbabit sudah ditahan untuk siasatan dan dibebaskan kemudian dengan jaminan polis.


Sementara itu di Baling, Kedah, pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun terselamat dan tidak cedera, walaupun kereta yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke gaung di Gunung Inas, pada 25 April.

Ketua Polis Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata dalam kejadian 7 malam itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Baru Kuak Luar di Pengkalan Hulu ke Baling.

“Apabila sampai di tempat kejadian, wanita yang memandu kenderaan itu telah hilang kawalan ketika sedang menuruni bukit. Kereta itu terjunam ke gaung di kanan jalan menyebabkan kenderaan itu rosak teruk,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >