Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Budak lelaki miliki dadah dihadap ke mahkamah di Kelantan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Budak lelaki miliki dadah dihadap ke mahkamah di Kelantan

May 08, 2024 | 01:15 PM



KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kanak-kanak lelaki pada usia mentah sudah terlibat dengan dadah.


Lebih malang apabila ibu kanak-kanak itu mengetahui tentang hal itu, namun hanya membiarkan ia begitu sahaja, menyebabkan budak lelaki itu berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan, dengan tuduhan memiliki 80 pil methamphetamine, pada 2023.


Mahkamah Majistret Pasir Mas, kemudian memerintahkan kanak-kanak itu, yang tidak dinyatakan usianya, dihantar ke Sekolah Tunas Bakti (sekolah pemulihan akhlak) selama tiga tahun selepas mengaku salah atas tuduhan berkenaan.

Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani berkata budak lelaki itu masih boleh dibentuk akhlaknya jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Menurutnya, pencegahan kes dadah membabitkan pesalah kanak-kanak akan dicapai dengan perintah ke sekolah yang diluluskan mengikut aturan mahkamah.

“Terang lagi bersuluh bahawa keadaan persekitaran pesalah kanak-kanak itu tidak kondusif untuk berubah menjadi lebih baik.

“Bimbingan diperlukan tidak dapat diberi ibu yang hanya membiarkan pesalah berbuat sesuka hatinya sehingga sanggup membiarkan budak itu jual beli dadah dalam rumah sendiri.

“Mengikut laporan akhlak, ibu cuba untuk melindungi perbuatan anaknya itu. Jika dikembalikan kepada keluarga dan persekitaran sedia ada, tiada jaminan kanak-kanak itu tidak kembali terbabit dadah,” katanya dalam penghakiman bertarikh 21 April, yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-Kehakiman, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengikut pertuduhan, kanak-kanak itu didakwa memiliki pil terbabit di Kampung Gual Pasong Hantu, Rantau Panjang dekat Pasir Mas, Kelantan, pada 4.10 pagi, 3 Oktober 2023.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Encik Mohd Izdham Naim berkata pesalah terbabit memerlukan panduan dan bimbingan bagi mengubah dirinya menjadi lebih baik dan perintah ke sekolah berkenaan adalah bersesuaian bagi tujuan itu.

“Justeru, kehendak kepentingan awam dapat dipenuhi dengan membantu budak itu menjadi warganegara yang baik.

“Kes membabitkan pemilikan dan penyalahgunaan dadah adalah kesalahan serius, selain pengakuan bersalah bukan justifikasi untuk memberi hukuman atau perintah yang ringan.

“Apatah lagi kanak-kanak itu memiliki pil mengandungi methamphetamine dalam jumlah yang sangat banyak apabila mengambil kira usia pesalah yang masih muda,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >