Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

‘Kena saman’ di M’sia... sekadar habuan atau sahih?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Kena saman’ di M’sia... sekadar habuan atau sahih?

Mar 03, 2024 | 09:36 AM



Baru-baru ini tular satu video YouTube di Malaysia dan Singapura yang memaparkan pasangan pelancong dari Britain yang disaman anggota polis trafik Malaysia atas sebab kesalahan memandu laju.

Anggota polis trafik itu mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di jalan raya itu iaitu 60 km/j, lalu mengeluarkan saman.

Namun, anggota polis itu kemudian menawarkan ‘diskaun saman’ daripada RM300 ($84.70) kepada RM100 jika dibayar terus kepadanya (tanpa perlu ke balai polis).

Dalam video itu, pasangan Britain berkenaan dilihat membayar saman RM100 kepada anggota trafik itu.

Namun mereka kebingungan sama ada mereka benar-benar melanggar undang-undang memandu laju, atau sekadar terkena ‘helah’ untuk mendapatkan habuan wang daripada mereka.

Kemungkinan ada sebilangan pemandu kenderaan warga Singapura yang melalui perkara sama, termasuk saya.

Ceritanya lebih 10 tahun lalu sedang saya baru sahaja memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dari kawasan Sedenak, Johor, menuju ke arah selatan ke Johor Bahru.

Saya memandu di lorong paling kiri memandangkan baru sahaja memasuki lebuh raya itu.

Tiba-tiba tidak jauh kemudian, kereta saya ditahan sepasukan peronda polis trafik yang sebelum ini saya ternampak berada di bahu lebuh raya. Saya diminta menghentikan kereta.

Seorang anggota polis trafik datang kepada saya dan memaklumkan bahawa saya memandu melebihi had laju (110km/j) yang ditetapkan.


Saya bertanya di mana lokasi kesalahan saya berlaku. Jawabnya, kira-kira 10 hingga 12 kilometer sebelumnya.

Lalu saya bertanya bagaimana saya boleh pandu laju di ‘lokasi kesalahan’ itu sedangkan saya baru sahaja memasuki Plus dari Sedenak. Anggota polis trafik itu diam sebentar sambil ‘membelek-belek’ buku notanya.

Sedang beliau masih berdiam, saya katakan kesalahan memandu laju di lokasi yang dikatakan itu tidak mungkin berlaku memandangkan saya memandu di lorong kiri dan dipotong pantas oleh banyak kenderaan di lorong kanan, selain saya baru sahaja memasuki Plus dari kawasan Sedenak yang dianggarkan tidak sampai 3 hingga 4 kilometer.

Anggota polis trafik itu kemudian menutup buku notanya lalu berkata (lebih kurang), “Okeylah, selamat memandu”, dan terus bergerak kembali ke kereta rondanya.

Kejadian itu menimbulkan pertanyaan, apakah sebab sebenar saya ditahan atas dakwaan ‘kesalahan’ jalan raya itu?

Apakah mungkin tujuannya, sama seperti yang berlaku kepada pasangan Britain itu, adalah untuk mendapat habuan hasil ‘kesalahan’ melanggar peraturan jalan raya, dengan polis trafik itu kemudian memberi ‘diskaun’ agar wang tunai langsung diberikan kepada mereka?

Apakah kerana saya memandu kereta plat asing dan dianggap ‘mangsa mudah’ untuk mendapatkan habuan?

Untuk rekod, kejadian itu bukan kali pertama saya ditahan sedemikian. Bahkan sudah dua tiga kali, selalunya atas alasan yang sama iaitu memandu laju sedangkan saya selalu pastikan mematuhi had laju semasa berada di negara jiran, dan juga di negara sendiri.

Namun apabila diminta berhenti di sekatan jalan polis, saya selalu katakan saya mematuhi had laju yang ditetapkan.

Akibatnya? Sehingga kini, saya berasa kurang selesa setiap kali melihat ada kereta peronda polis berhampiran semasa memandu di Malaysia. Perasaan itu tidak dapat saya hapuskan sehingga ke hari ini.

Sepatutnya, kehadiran kereta peronda polis membuat kita berasa lebih selamat dan selesa.

Namun saya berasa sebaliknya, walaupun beberapa kejadian kurang menyenangkan sebelum ini berlaku lebih sedekad lalu.

Menyusuli kes video pasangan Britain itu, tiga anggota polis trafik sedang disiasat antaranya berkaitan kes rasuah.

Beberapa kes lain membabitkan pegawai polis melakukan salah laku dan jenayah juga dilaporkan di media Malaysia yang menimbulkan tanggapan kurang baik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini termasuk penemuan wang tunai RM3,753 ($1,058) daripada seorang sarjan ketika mengadakan sekatan jalan di Selangor; seorang anggota PDRM disiasat menyimpan ‘hongbao’ di Kuala Lumpur; dan lapan anggota ditahan terbabit pemerasan di Johor.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan hanya segelintir pegawai terbabit dan PDRM mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga polis sedemikian.

Beliau berkata tindakan salah laku itu bagai ‘menconteng arang ke muka’ ke atas pasukan PDRM dan merosakkan reputasinya serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Saya benar-benar berharap Tan Sri Razarudin berjaya menangani secara tuntas isu disiplin ini di samping berjaya memperkukuh kewibawaan dan profesionalisme PDRM.

Ini agar tiada lagi kes pemandu tempatan dan asing ‘disaman’ sebilangan kecil anggota polis kerana mahukan habuan, sedangkan golongan besar majoriti ahli PDRM melakukan tugas mereka secara amanah dan bertanggungjawab, demi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >