Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lelaki ancam bunuh PM M’sia dipenjara 6 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki ancam bunuh PM M’sia dipenjara 6 bulan

Jan 30, 2024 | 06:43 PM



KUALA LUMPUR: Tangisan sesalan sudah tidak bermakna buat seorang pemandu lori apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Januari, kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di TikTok pada 2023.

Faizal Mohamad, 35 tahun, selaku Orang Kena Saman (OKS) terkejut dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Hakim, Cik N Priscilla Hemamalini, memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula 30 Januari.


Lelaki itu didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Tiktok menggunakan nama profil “@jaiadani89” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya.

Antara ancamannya ialah “hari ini aku nak transfer RM5 juta ($1.2 juta) kat sape2 yg nak.. tapi kena buat kerja sikit la..t embak mati PMX (Anwar) dan menteri2 b****** Dan geng2 DAP *******...”.

Hantaran itu dibuat dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 26 November 2023, pada 12 tengah hari di satu kondominium di Jalan Tong Shin, Kuala Lumpur.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Cik Nurilya Ellyna Nor Azmal, berkata hantaran yang dibuat oleh Faizal adalah tidak wajar dan bersifat mengancam selain perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial.

“Saya mohon Faizal dikenakan hukuman setimpal supaya satu mesej pengajaran dapat diberikan kepada Faizal dan masyarakat,” katanya.

Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda kerana dia yang baru mendapat pekerjaan lain dan berpendapatan RM2,000 sebulan perlu menanggung dua anak berumur tujuh dan lapan tahun serta ibu yang menghidap sakit jantung.

“Isteri tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang belum dibayar dan kelengkapan sekolah anak tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah bagi tempoh untuk bayar denda kerana gaji saya pada 5 atau 6 hari bulan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik akaun TikTok yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ditahan polis di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Pemilik akaun itu sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video berkenaan sudah dipadamkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >